Citation
Alavi, Khadijah
(2007)
Pengalaman anak dewasa berpendapatan rendah yang menjaga ibu bapa tua: satu pendekatan berteraskan pendidikan komuniti.
Kajian Malaysia, 25 (2).
pp. 55-74.
ISSN 0127-4082; ESSN: 2180-4273
Abstract
Kajian ini bertujuan meninjau fenomena bagaimana seseorang penjaga (anak dewasa) mengharungi pengalaman dan mengurus aktiviti harian dalam menjaga ibu bapa tua. Kajian kes berasaskan pendekatan fenomenologi telah dipilih sebagai pendekatan kajian. Responden kajian ini adalah anak dewasa yang menjaga ibu bapa tua yang berumur lebih daripada 60 tahun, berbangsa Melayu, berstatus sosioekonomi rendah dan tinggal di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur serta mempunyai keluarga sendiri. Responden kajian juga dipilih mengikut penjagaan terhadap tiga kumpulan warga tua (yang sihat, kurang upaya dan sakit terlantar) berpaksikan dalam satu kontinum. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat lompang antara penjagaan tiga kumpulan warga tua dalam aspek program (penyertaan komuniti dan penyampaian perkhidmatan komuniti) melalui sokongan sosial berteraskan pendidikan komuniti. Kajian ini juga telah mencadangkan sebuah pendekatan pengurusan daya tindak berteraskan pendidikan komuniti untuk anak dewasa yang menjaga ibu bapa tua.
Download File
Preview |
|
PDF (Abstrak)
Pengalaman anak dewasa berpendapatan rendah yang menjaga ibu bapa tua satu pendekatan berteraskan pendidikan komuniti.pdf
Download (35kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |