UPM Institutional Repository

Faktor peramal akan sikap guru terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah Selangor, Malaysia


Citation

Ismail, Rohayati (2013) Faktor peramal akan sikap guru terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah Selangor, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam bidang pendidikan negara merupakan pemangkin dalam usaha kerajaan mewujudkan pendidikan bertaraf dunia. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara faktor kompetensi TMK, sokongan sekolah, akses kepada sumber, amalan TMK sekolah dan pengalaman mengajar dengan sikap guru terhadap penggunan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga akan meramal faktor yang mempengaruhi sikap guru terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian secara tinjauan ini melibatkan seramai 331 orang guru Sains,Matematik dan Bahasa Inggeris di 27 buah sekolah menengah di Selangor. Responden dipilih berdasarkan teknik persampelan strata berkadar. Kajian ini menggunakan soal selidik yang diadaptasi daripada instrumen oleh Flowers dan Algozzine (2000), Wong (2004) dan Albirini (2006). Data telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Analisis regresi pelbagai Enter pula digunakan untuk melihat sumbangan dan peramal terbaik bagi sikap guru terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan sikap guru yang mengajar mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran danpembelajaran adalah baik. Analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan signifikan positif yang kuat antara kompetensi TMK guru dengan sikap guru terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Sementara itu terdapat hubungan signifikan positif yang sederhana antara sokongan sekolah, akses kepada sumber dan amalan TMK sekolah dengan sikap guru terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Analisis juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan negatif yang lemah antara pengalaman mengajar dengan sikap guru terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Analisis regresi pelbagai enter pula menunjukkan kompetensi TMK guru, sokongan sekolah dan amalan TMK sekolah merupakan penyumbang kepada sikap guru terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Sementara itu, amalan TMK sekolah merupakan penyumbang yang kuat bagi menerangkan sikap guru terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan dapatan kajian ini, dicadangkan agar para gurumeningkatkan sikap dan kompetensi mereka untuk menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Pihak sekolah pula perlu memberi sokongan kepada guru-guru untuk terus menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, penekanan kepada amalan TMK di sekolah wajar diberi perhatian oleh pihak kementerian, jabatan pelajaran dan sekolah bagi memupuk dan menggalakkan sikap positif guru terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2013 62R.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Teachers - Malaysia - Attitudes
Subject: Educational technology Information technology.
Subject: Information technology
Call Number: FPP 2013 62
Chairman Supervisor: Ahmad Fauzi Bin Mohd Ayub, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 18 Oct 2016 04:40
Last Modified: 18 Oct 2016 04:40
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48754
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item