Simple Search:

Penglibatan ibu bapa dalam Program Pemulihan Dalam Komuniti di Kedah, Malaysia


Citation

Ahmad, Suhaiza (2013) Penglibatan ibu bapa dalam Program Pemulihan Dalam Komuniti di Kedah, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Tesis ini memberi fokus kepada penglibatan ibu bapa dalam Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Negeri Kedah. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap penglibatan ibu bapa dalam PDK. Objektif khusus kajian adalah untuk menghuraikan latar belakang keluarga yang menghantar anak ke PDK; mengenalpasti persepsi ibu bapa terhadap program PDK; mengenalpasti tahap penglibatan ibu bapa dalam perancangan,pelaksanaan, perkongsian manfaat dan penilaian program PDK; mengenalpasti faktor pendorong penglibatan ibu bapa dalam program PDK; menentukan perkaitan di antara latar belakang, faktor pendorong dan persepsi dengan penglibatan ibu bapa dalam program PDK; dan menentukan prediktor penglibatan ibu bapa dalam program PDK. Seramai 295 responden telah dipilih melalui teknik persampelan rawak berlapis. Kaedah survei telah digunakan dalam kajian ini dan borang soal selidik telah digunakan sebagai alat untuk mengutip data. Dapatan kajian ini dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Science) versi 13.0. Ujian Korelasi Pearson dan Multiple Regression Analysis digunakan untuk menentukan hubungan antara variabel. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa dalam Program PDK adalah di tahap rendah. Manakala persepsi ibu bapa terhadap Program PDK dan Staf PDK juga rendah. Kajian juga mendapati faktor pendorong penglibatan ibu bapa berada pada tahap yang rendah. Analisis data menunjukkan ada hubungan yang signifikan di antara persepsi dan faktor pendorong dengan tahap penglibatan ibu bapa. Dapatan kajian menunjukkan persepsi ibu bapa sebagai penyumbang utama kepada penglibatan dalam PDK.


Download File

[img]
Preview
PDF
FEM 2013 28R.pdf

Download (841kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: People with disabilities - Malaysia
Subject: Children with disabilities
Subject: Youth with disabilities
Call Number: FEM 2013 28
Chairman Supervisor: Ma’Rof Redzuan, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 17 Oct 2016 02:01
Last Modified: 17 Oct 2016 02:01
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48709
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item