UPM Institutional Repository

Modal komuniti dalam kalangan suku kaum utama Orang Asli


Citation

Mohd Salim, Sara Shakilla (2012) Modal komuniti dalam kalangan suku kaum utama Orang Asli. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini adalah mengenai modal komuniti dalam kalangan Orang Asli yang tertumpu kepada modal insan, modal sosial, modal ekonomi dan modal binaan. Pemilikan modal dalam komuniti Orang Asli merupakan perkara penting yang perlu dikaji kerana ia memberi gambaran kekuatan komuniti. Kajian yang dijalankan bertujuan menentukan tahap pemilikan modal tersebut mengikut tiga kaum utama Orang Asli; Senoi, Melayu Proto dan Negrito. Terdapat tiga objektif dalam kajian ini iaitu mengenalpasti pemilikan modal insan, modal sosial, modal ekonomi dan modal binaan, menentukan tahap modal-modal tersebut dan menentukan perbezaan kekuatan komuniti berdasarkan tahap modal komuniti (modal insan, modal sosial, modal ekonomi dan modal binaan) dalam kalangan kaum Orang Asli di kawasan kajian. Pengumpulan data melalui kajian tinjauan ini telah dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik. Kajian ini melibatkan kesemua responden yang terdiri daripada ketua keluarga di kawasan penempatan yang terpilih iaitu di Pahang sebanyak enam buah kampung manakala sebanyak tiga buah kampung di Kelantan. Sebanyak 319 responden terlibat dalam kajian. Mereka terdiri daripada 104 orang bagi kaum Senoi, 174 orang bagi kaum Melayu Proto dan 41 orang bagi kaum Negrito. Pengumpulan data dilakukan secara berperingkat mengikut kawasan dan daerah. Umumnya,kajian ini mendapati bahawa modal komuniti dalam kalangan komuniti Orang Asli mempunyai tahap modal-modal yang berbeza. Bagi modal insan, secara keseluruhannya menunjukkan berada pada tahap sederhana. Kaum Negrito mencatatkan nilai min tertinggi antara kaum di mana nilai min bagi kemahiran fizikal, pengalaman dan penglibatan dalam bengkel atau kursus serta pendidikan formal, kemahiran tingkah laku sosial dan nilai kepercayaan dan sikap adalah tinggi. Dalam aspek modal sosial pula, kajian mendapati ketiga-tiga kaum berada pada tahap yang tinggi secara keseluruhannya. Namun begitu, berbanding dua kaum yang lain, kaum Senoi mencatatkan nilai min yang rendah antara kaum kerana nilai min bagi penglibatan dalam masyarakat dan hubungan sosialnya yang rendah. Sementara itu, kajian mendapati modal ekonomi berada pada tahap yang rendah secara keseluruhannya bagi ketiga-tiga kaum. Kaum Negrito mempunyai nilai min bagi modal ekonomi yang paling rendah antara kaum. Ini kerana nilai min bagi pemilikan serta kebolehgunaan peralatan komunikasi dan kemudahan pengangkutan serta pendapatan ekonomi dalam aspek modal ekonomi adalah rendah. Pendapatan merupakan perkara utama dalam memiliki kuasa memenuhi keperluan asas kehidupan dan meningkatkan kualiti hidup. Aspek modal binaan bagi ketiga-tiga kaum menunjukkan secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana. Kajian mendapati kaum Senoi berada pada nilai min yang tinggi berbanding kaum Melayu Proto dan Negrito di mana nilai min yang tinggi bagi kemudahcapaian dan kemudahan fizikal. Namun demikian, secara keseluruhannya, tiada perbezaan ketara antara kaum mengenai modal komuniti. Dengan mengetahui tahap modal komuniti antara kaum, perancangan pembangunan komuniti boleh dilaksanakan berdasarkan pemilikan (kekuatan) modal insan, modal sosial, modal ekonomi dan modal binaan yang dimiliki oleh setiap kaum.


Download File

[img]
Preview
PDF
FEM 2012 34R.pdf

Download (816kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Indigenous peoples - Malaysia
Subject: Human capital - Malaysia
Subject: Social capital (Sociology) - Malaysia
Call Number: FEM 2012 34
Chairman Supervisor: Asnarulkhadi Abu Samah, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 14 Oct 2016 08:58
Last Modified: 14 Oct 2016 08:58
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48697
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item