UPM Institutional Repository

Unsur patriotisme dalam kumpulan puisi pilihan penyair Sarawak, Malaysia


Citation

Saharudin, Nor Suhaili (2013) Unsur patriotisme dalam kumpulan puisi pilihan penyair Sarawak, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Patriotisme atau semangat cintakan tanah air bukan hanya perlu dimiliki dan dilaksanakan untuk mencapai kemerdekaan negara. Tetapi, ia masih relevan dalam konteks masyarakat kini demi memperingatkan generasi muda untuk terus mencintai tanah air dan memelihara kemerdekaannya. Salah satu saluran yang membantu untuk mencapai hasrat ini adalah melalui karya puisi. Seramai enam orang penyair telah dipilih untuk kajian ini. Mereka ialah Abizai, Adi Badiozaman Tuah, Saiee Driss, Hipani Alwi, Latifah Mohd Sabli, dan Rosani Hiplee. Penyair-penyair ini dipilih kerana mereka sudah mantap dalam dunia puisi tanah air, pernah menerima anugerah dan masih aktif dalam dunia penulisan puisi. Tajuk kajian ini dipilih kerana para penyair di Sarawak kurang diberikan perhatian oleh para pengkaji sastera sedangkan mereka juga merupakan penyair yang telah turut menyumbang dan memperkasakan dunia puisi tanah air. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti unsur-unsur patriotisme dalam kumpulan puisi pilihan penyair Sarawak dan menganalisis unsur patriotisme dengan peristiwa yang telah berlaku di Sarawak dalam puisi-puisi yang dikaji. Bagi menganalisis unsur-unsur patriotisme ini pengkaji menggunakan tiga kaedah iaitu kaedah kepustakaan, kaedah analisis teks atau analisis kandungan dan pengaplikasian teori iaitu teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (Kerohanian, Kebitaraan, Kesaintifikan dan Kekreatifan) (SPB4K) janaan Mohd Yusof Hasan, seorang profesor di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya unsur-unsur patriotisme dalam puisi-puisi yang dianalisis. Unsur-unsur tersebut ialah perasaan cinta dan berbakti kepada tanah air, rasa kagum akan adat resam dan tradisi, rasa bangga akan sejarah, sanggup berkorban dan anti penjajajahan serta tokoh-tokoh pemimpin tanah air. Menerusi puisi-puisi yang dikaji, terdapat juga beberapa peristiwa yang mempunyai kaitan dengan unsur-unsur patriotisme yang dianalisis. Peristiwa tersebut ialah penjajahan keluarga Brooke, pemberontakan yang berlaku untuk memerdekakan tanah air oleh anggota masyarakat Sarawak, pembinaan kubu pertahanan, pembentukan Malaysia yang telah memerdekakan Sarawak, peristiwa berkaitan tempat bersejarah di Sarawak seperti Beting Maru, Jambatan Satok yang menjadi kebanggaan masyarakat Sarawak dan peristiwa tokoh-tokoh sejarah yang memerdekakan negeri Sarawak seperti Kanang Anak Langkau, Rosli Dhobi dan Rentap. Penemuan catatan atau gambaran sesuatu peristiwa yang dinyatakan merupakan peristiwa yang benar-benar berlaku di Sarawak dan dipuisikan oleh para penyair. Kelima-lima unsur patriotisme yang ditemui dalam puisi-puisi yang dikaji menunjukkan rasa cinta yang mendalam para penyair terhadap tanah air mereka iaitu bumi Kenyalang. Rasa cinta ini sekali gus adalah sebagai citra kepada semangat patriotisme yang tinggi oleh seluruh rakyat negeri Sarawak demi melestarikan kemerdekaan dan mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta untuk selamanya.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2013 49R.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Patriotism - Malaysia
Subject: Patriotism in literature
Subject: Poetry, Malay
Call Number: FBMK 2013 49
Chairman Supervisor: Prof. Madya Hajah Samsina Binti Abd. Rahman, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 15 Sep 2016 02:25
Last Modified: 15 Sep 2016 02:25
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48448
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item