Simple Search:

Penggunaan jenaka untuk mengurangkan tekanan di tempat kerja


Citation

Muhammad, Wan Zanariah (2007) Penggunaan jenaka untuk mengurangkan tekanan di tempat kerja. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Kebanyakan kakitangan menghadapi masalah tekanan di tempat kerja. Pelbagai langkah untuk mengurangkan tekanan telah dijalankan oleh pihak kerajaan atau badan-badan tertentu untuk menyelesaikan masalah ini namun hasilnya masih belum memuaskan. Oleh yang demikian alternatif perlu dikenalpasti iaitu amalan jenaka untuk mengurangkan tekanan di tempat kerja kerana ia adalah ringkas, mudah dan ringan. Kajian ini akan meneroka penggunaan jenaka untuk mengurangkan tekanan di tempat kerja di kalangan kakitangan institusi pengajian tinggi awam. Kajian ini akan mengenalpasti persepesi kesan penggunaan jenaka untuk mengurangkan tekanan di tempat kerja. Kajian ini juga akan menentukan perbezaan atau perkaitan di antara tahap tekanan, sikap amalan jenaka, jenis-jenis personaliti dan angkubah demografi terpilih dengan persepsi kesan penggunaan jenaka untuk mengurangkan tekanan di tempat kerja. Kajian ini dijalankan di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam yang terletak di antara lingkaran Koridor Raya Multimedia dan Putrajaya. Subjek kajian ini adalah terdiri daripada kakitangan kumpulan profesional dan pengurusan dan sokongan yang berkhidmat di bangunan pentadbiran institusi pengajian tinggi awam tersebut. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah tinjauan iaitu dengan menggunakan satu set borang soalselidik yang mengandungi 71 soalan untuk diedarkan kepada 300 orang responden. Analisis hasil kajian adalah berdasarkan teori kelegaan (relief theory). Hasil kajian menunjukkan kebanyakan kakitangan mengalami tekanan di tempat kerja pada tahap yang sederhana. Lebih dua pertiga kakitangan mempunyai sikap amalan jenaka pada kategori yang tinggi dan persepsi kesan penggunaan jenaka untuk mengurangkan tekanan di tempat kerja yang tinggi. Ujian korelasi menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan di antara sikap amalan jenaka dengan persepsi kesan penggunaan jenaka untuk mengurangkan tekanan di tempat kerja. Ujian-t membuktikan terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan jawatan dengan persepsi kesan penggunaan jenaka untuk mengurangkan tekanan di tempat kerja. Manakala ujian Anova Sehala mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara status perkahwinan dengan persepsi kesan penggunaan jenaka untuk mengurangkan tekanan di tempat kerja.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK_2007_8.pdf

Download (333kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Job stress
Call Number: FBMK 2007 8
Chairman Supervisor: Professor Dr. Md. Salleh Hj. Hassan, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 31 Mar 2010 04:22
Last Modified: 27 May 2013 07:18
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4744
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item