UPM Institutional Repository

Medan semantik malu: suatu penelitian dalam budaya Melayu


Citation

Basharuddin, Nurul Aminah and Mohamad, Hasnah and Che Rodi, Rozita (2015) Medan semantik malu: suatu penelitian dalam budaya Melayu. In: Bahasa Melayu dalam Konteks Budaya. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, pp. 251-262. ISBN 9789832084068

Abstract

Kajian ini bertujuan menjelaskan nilai kesantunan masyarakat Melayu yang berfokus kepada nilai ‘malu’. Menurut Kluckhon dan Strodtbeck (1961), nilai merupakan sesuatu yang kompleks tetapi berpola dan berprinsip serta menjadi petunjuk terhadap perlakuan dan pemikiran manusia dalam mengatasi masalah. Istilah ‘malu’ menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:988), ialah menaruh hormat akan sesuatu, berasa segan, iaitu takut dalam melakukan sesuatu tindakan. Namun, dalam masyarakat Melayu nilai ‘malu’ juga boleh wujud dalam bentuk yang dilarang sehingga boleh merugikan seseorang dalam mencapai sesuatu yang baik dalam kehidupan. Oleh itu, makalah ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis penggunaan kata ‘malu’ melalui pendekatan medan semantik. Data diperoleh menggunakan kaedah analisis teks berdasarkan Teori Medan Semantik (1970). Teks yang akan digunakan untuk menganalisis nilai ‘malu’ ialah buku Tunjuk Ajar Melayu (2006) hasil tulisan Tenas Effendy. Dapatan kajian menunjukkan penekanan nilai malu yang lebih menjurus kepada masyarakat Melayu yang dilarang mempunyai sifat “malu” dalam menuju ke jalan kebaikan dan menyuruh berasa “malu” untuk berbuat keburukan.


Download File

[img] Text
Medan semantik malu.pdf

Download (51kB)

Additional Metadata

Item Type: Book Section
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris
Keywords: Malay culture; Shame; Shame value; Modesty Malay
Depositing User: Azhar Abdul Rahman
Date Deposited: 04 Aug 2021 00:18
Last Modified: 04 Aug 2021 00:18
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/47059
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item