UPM Institutional Repository

Kajian keperluan dan penerimaan remaja terhadap akhbar


Citation

Ahmad Ghazali, Akmar Hayati and Bolong, Jusang and Omar, Siti Zobidah (2015) Kajian keperluan dan penerimaan remaja terhadap akhbar. In: Panduan Penyelidikan Komunikasi Kaedah Kuantitatif. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, p. 328. ISBN 9789834616038

Abstract

Membaca pelbagai jenis maklumat di dalam akhbar membantu untuk membentuk dan membina minda remaja. Walaupun akhbar mempunyai pelbagai kandungan, ia semakin kurang menarik minat remaja untuk menerimanya sebagai salah satu bentuk bahan bacaan mereka. Dengan itu, objektif kajian ini adalah mengenal pasti jenis-jenis berita yang menjadi pilihan remaja; dan untuk mengetahui hubungan antara faktor keperluan dengan penerimaan akhbar oleh remaja. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan 387 responden yang berumur antara16 tahun hingga 17 tahun dari sekolah menengah kebangsaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 15.0. Kedua-dua jenis statistik yang digunakan ialah statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif telah digunakan untuk mengenal pasti nilai-nilai peratusan, min, purata, dan sisihan piawai. Statistik inferensi telah digunakan untuk menerangkan hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji. Hasil kajian mendapati bahawa jenis berita yang menjadi pilihan remaja adalah berita hiburan. Hasil ujian Korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara keperluan dan penerimaan. Dengan merujuk kepada hasil kajian, dicadangkan faktor-faktor keperluan remaja perlu dikekalkan dalam setiap kandungan akhbar. Oleh itu, institusi akhbar dicadangkan menerbitkan lebih banyak bahan-bahan pendidikan dan bermaklumat untuk meningkatkan pemahaman remaja terhadap sesuatu berita.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Keperluan%20dan%20penerimaan%20remaja%20terhadap%20akhbar.pdf

Download (34kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Book Section
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Notes: Editor : Jusang Bolong, Akmar Hayati Ahmad Ghazali dan Mohd Sobhi Ishak
Keywords: Newspapers; Needs; Teenagers; News; Teenagers' acceptance towards newspaper
Depositing User: Azhar Abdul Rahman
Date Deposited: 20 Sep 2017 01:56
Last Modified: 22 Jul 2020 01:45
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/47033
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item