UPM Institutional Repository

Teknik pembelajaran kanak-kanak sindrom asperger


Citation

Rosly, Nurfarhana Shahira and Abd Rahim, Normaliza (2015) Teknik pembelajaran kanak-kanak sindrom asperger. Journal of Business and Social Development, 3 (1). pp. 76-87. ISSN 2289-2915

Abstract

Sindrom Asperger merupakan gangguan kepada perkembangan interaksi sosial, komunikasi dan tingkah laku. Sindrom ini merupakan masalah pembangunan neuro yang memberi kesulitan kepada tahap komunikasi dan sering berlaku di peringkat awal kanak-kanak. Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan mengenai teknik pembelajaran yang yang telah dijalankan bagi mencari pendekatan terbaik terhadap pembangunan kanak-kanak sindrom Asperger. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kertas konsep untuk melihat kajian-kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik lepas berkenaan tentang teknik pembelajaran kanak-kanak sindrom Asperger. Selain itu, penelitian melibatkan kaedah-kaedah yang telah dilaksanakan bagi mengurangkan masalah kemerosotan sosial dan gangguan bahasa yang dialami oleh kanak-kanak sindrom Asperger. Hasil kajian mendapati bahawa masalah kemerosotan sosial dan gangguan bahasa dalam kalangan kanak-kanak sindrom Asperger dapat dikurangkan dengan pelaksanaan pelbagai teknik pembelajaran sebagai bahan bantu mengajar di rumah dan di sekolah. Kajian ini diharap dapat memberi manfaat kepada penyelidik seterusnya dalam menerokai teknik dan kaedah yang sesuai untuk diaplikasikan dalam kehidupan kanak-kanak sindrom Asperger agar masalah yang berlaku dalam kalangan penghidap sindrom tersebut dapat dikurangkan dengan lancar dan berjaya.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Teknik pembelajaran kanak-kanak sindrom Asperger.pdf

Download (84kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit UMT
Keywords: Learning techniques; Teaching aids; Oral language; Written language; Social impairment; Language disorders
Depositing User: Ms. Nida Hidayati Ghazali
Date Deposited: 27 Feb 2018 02:49
Last Modified: 27 Feb 2018 02:49
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/46502
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item