UPM Institutional Repository

Tahap kefahaman asas kimia organik pelajar kolej matrikulasi aliran teknikal


Citation

Othman, Azraai and Talib, Othman (2015) Tahap kefahaman asas kimia organik pelajar kolej matrikulasi aliran teknikal. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 5 (2). 86 - 97. ISSN 2232-0393

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat tahap kefahaman pelajar dalam asas kimia organik di peringkat matrikulasi berdasarkan jantina, jurusan dan juga kumpulan pelajar (cemerlang, sederhana dan lemah). Kajian tinjauan dijalankan secara rawak keatas 75 orang pelajar program matrikulasi aliran teknikal di sebuah kolej matrikulasi. Instrumen yang digunakan adalah Ujian Pencapaian Kimia Organik yang terdiri daripada set soalan-soalan tutorial dan peperiksaan tahun lepas yang telah diubahsuai untuk menilai tahap kefahaman pelajar dalam kimia organik. Daripada analisis ke atas dapatan kajian, didapati tahap kefahaman asas kimia organik pelajar adalah di tahap sederhana. Di samping itu juga, tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina dan jurusan pelajar dengan tahap kefahaman mereka, dan terdapat hubungan negatif yang sangat lemah antara kumpulan pelajar dengan tahap kefahaman pelajar dalam asas kimia organik. Sebagai rumusan, perlu dibuat penambahbaikan daripada segi kaedah pengajaran guru dan pembelajaran pelajar supaya pengajaran dan pembelajaran kimia organik akan menjadi lebih bermakna.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Tahap kefahaman asas kimia organik pelajar kolej matrikulasi aliran teknikal.pdf

Download (5kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Keywords: Teaching and learning; Organic chemistry; Students' level of understanding; Technical matriculation program; Organic chemistry achievement test
Depositing User: Nida Hidayati Ghazali
Date Deposited: 28 Feb 2018 03:47
Last Modified: 28 Feb 2018 03:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/46487
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item