UPM Institutional Repository

Puisi-puisi Melayu tradisional dalam drama Bukan Lalang ditiup Angin (1970) karya Noordin Hassan


Citation

Abd Rahman, Samsina and Mohamad, Nik Fazli (2015) Puisi-puisi Melayu tradisional dalam drama Bukan Lalang ditiup Angin (1970) karya Noordin Hassan. Journal of Business and Social Development, 3 (1). pp. 33-42. ISSN 2289-2915

Abstract

Dramatis Noordin Hassan yang lahir di Pulau Mutiara merupakan sasterawan negara ke-7 yang unik, kreatif dan prolifik. Kemunculan Noordin Hassan dalam dunia drama Melayu moden dan teater tanah air telah memberi nafas baru dalam bidang Kesusasteraan Melayu. Keberanian Noordin Hassan dalam mengutarakan konsep pendramaan baru yang bersifat antirealisme iaitu drama absurd dan eksperimental telah membuka dimensi baru dalam dunia drama di Malaysia. Selain itu keunikan dan kekreatifan Noordin Hassan terbukti apabila beliau menggunakan genre puisi dalam kesemua dramanya. Kajian ini menggunakan kaedah keperpustakaan iaitu dengan mengumpul data dan menganalisis teks drama tersebut. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis jenis-jenis puisi Melayu dalam drama beliau yang bertajuk Bukan Lalang Ditiup Angin (1970). Kajian ini akan menggunakan teori konseptual kata kunci yang diasaskan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2001). Berdasarkan dapatan kajian diharapkan, ia dapat menyumbang kepada dunia Kesusasteraan.


Download File

[img] Text
Puisi-puisi Melayu tradisional dalam drama Bukan Lalang ditiup Angin (1970) karya Noordin Hassan.pdf

Download (82kB)
Official URL or Download Paper: https://jbsd.umt.edu.my/?page_id=952

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Keywords: Traditional Malay poetries; Bukan Lalang Ditiup Angin (1970) drama; Keywords of conceptual theory
Depositing User: Ms. Nida Hidayati Ghazali
Date Deposited: 19 May 2022 01:30
Last Modified: 19 May 2022 01:30
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/46048
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item