UPM Institutional Repository

Kecemerlangan USM Bukti Pusat Pengajian Tempatan Berdaya Saing


Citation

Berita Harian, Kecemerlangan USM Bukti Pusat Pengajian Tempatan Berdaya Saing. (5 September 2008), (Call Number: L 2008 152)

Abstract

Sektor pendidikan tinggi negara kini memasuki fasa baru apabila kerajaab memperkenalkan Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX) bagi melonjakkan kecemerlangan bertaraf dunia, selari matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Serentak itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, mengumumkan Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai Universiti Apex pertama negara. Kita yakin pemilihan USM dibuat berdasarkan syarat dan kriteria yang ditetapkan jawatankuasa pemilihan. USM yang memiliki 75 peratus tenaga akademik berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) mempunyai Pelan Strategik Pembangunan bagi tempoh lima tahun yang lengkap dengan mensasarkan untuk muncul sebagai universiti terbaik di ra(1tau ini. Pelbagai usaha lain dilakukan USM, termasuk memperkemas aspek pentadbiran serta perancangan jangka panjang yang mencerminkan kesungguhan pengurusannya untuk melonjak USM setanding dengan universiti terkemuka dunia. Pemilihan itu sudah tentu memberi suntikan semangat kepada seluruh warga universiti untuk terus melakar kejayaan gemilang.


Download File

[img]
Preview
PDF
0628.pdf

Download (399kB)

Additional Metadata

Item Type: Newspaper
Depositing User: Muhd Yahya Ulmi
Date Deposited: 05 Apr 2010 06:31
Last Modified: 27 May 2013 07:15
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4428
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item