UPM Institutional Repository

Analisis keperluan pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan warga emas


Citation

Kasran, Husaini and Mezah, Che Radiah and Mustapha, Nik Farhan (2015) Analisis keperluan pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan warga emas. E-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization, 2. pp. 101-115. ISSN 2289-6759

Abstract

Analisis keperluan merupakan satu syarat penting dalam membina sesuatu program bahasa Arab yang efektif terutamanya yang melibatkan golongan dewasa khususnya warga emas. Prinsip atau teori pembelajaran dewasa yang melihat bahawa golongan dewasa mempunyai autoriti dalam menentukan keperluan dan kehendak pembelajaran memerlukan kepada analisis awal keperluan tersebut sebelum menjalankan sesuatu modul pembelajaran bahasa kepada mereka bagi memastikan keperluan dan kehendak ini dipenuhi. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor yang mendorong warga emas mempelajari bahasa Arab, menyenaraikan bahan yang bertepatan dengan keperluan pembelajaran mereka serta menganalisis proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang sesuai untuk mereka. Kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif ini melibatkan lima (5) orang responden yang pernah mengikuti kursus bahasa Arab. Pengumpulan data kajian dibuat melalui rakaman temu bual. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga (3) faktor utama golongan warga emas mempelajari bahasa Arab iaitu faktor agama, faktor komunikasi dan faktor kemasyarakatan. Berkenaan bahan pembelajaran, golongan warga emas cenderung untuk mempelajari topik yang berkaitan dengan tema agama, tema komunikasi, unsur bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis, kosa kata serta keindahan bahasa dan unsur kemahiran bahasa iaitu membaca, bercakap, mendengar dan menulis. Kajian yang dijalankan ini telah berjaya membuktikan akan kepentingan melaksanakan analisis keperluan kerana ia terbukti berjaya dalam menyingkap keperluan dan kehendak pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan warga emas yang boleh direalisasikan dengan pembinaan suatu modul khusus untuk golongan tersebut. Analisis keperluan merupakan satu syarat penting dalam membina sesuatu program bahasa Arab yang efektif terutamanya yang melibatkan golongan dewasa khususnya warga emas. Prinsip atau teori pembelajaran dewasa yang melihat bahawa golongan dewasa mempunyai autoriti dalam menentukan keperluan dan kehendak pembelajaran memerlukan kepada analisis awal keperluan tersebut sebelum menjalankan sesuatu modul pembelajaran bahasa kepada mereka bagi memastikan keperluan dan kehendak ini dipenuhi. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor yang mendorong warga emas mempelajari bahasa Arab dan menyenaraikan bahan yang bertepatan dengan keperluan pembelajaran mereka. Kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif ini melibatkan lima (5) orang responden yang pernah mengikuti kursus bahasa Arab. Pengumpulan data kajian dibuat melalui rakaman temu bual. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga (3) faktor utama golongan warga emas mempelajari bahasa Arab iaitu faktor agama, faktor komunikasi dan faktor kemasyarakatan. Berkenaan bahan pembelajaran, golongan warga emas cenderung untuk mempelajari topik yang berkaitan dengan tema agama, tema komunikasi, unsur bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis, kosa kata serta keindahan bahasa dan unsur kemahiran bahasa iaitu membaca, bercakap, mendengar dan menulis. Kajian yang dijalankan ini telah berjaya membuktikan akan kepentingan melaksanakan analisis keperluan kerana ia terbukti berjaya dalam menyingkap keperluan dan kehendak pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan warga emas yang boleh direalisasikan dalam membina sesuatu program pembelajaran untuk golongan tersebut.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Analisis keperluan pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan warga emas.pdf

Download (6kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://worldconferences.net

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: WorldConferences.net
Keywords: Requirements analysis; Senior citizen; Adult learning
Depositing User: Mohd Hafiz Che Mahasan
Date Deposited: 20 Sep 2016 05:16
Last Modified: 20 Sep 2016 05:16
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/43744
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item