Simple Search:

Keperluan awal penyelidikan dan pendidikan matematik islam


Citation

Norakit, Daud (1988) Keperluan awal penyelidikan dan pendidikan matematik islam. In: Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke-3 (1998), 22-24 Aug. 1998, Universiti Putra Malaysia, Serdang. (pp. 1-21).

Abstract / Synopsis

Dalam usaha kita untuk meningkatkan kerjasama penyelidikan dan pendidikan sains matematik kita akan menghadapi beberapa masalah yang di antara persoalan pokok ialah keraguan bakal penyelidikdan bakal pendidik yang ditugaskan untuk usaha ini. Masih banyak terdengar desas desus di kalangan masyarakat massa menyatakanbahawa matlamat kita akan tandus tanpa usaha kea rah pengabungan matematik kini dengan ajaran islam. Dan bila kita mencadangkanpula supaya ditekankan juga ciri matematik islam kedalam usaha ini timbul pula keraguan mengatakan bagawa kita hanya membuang masa kerana tidak terdapat faedah yang besar dalam usaha ini. Dua pendapat ini timbul dalam suasana sekarang. kerana secara umumnya para pendidik mate:matik sendiri mempunyai dua pandangan yang berbeza. Di satu pihak mereka berpendapat betapa perlunya pelajaran matematik diisi dengan ciri Islam, sementara pendapat kedua terus inginkan keadaan yang sama seperti dahulu. Dalam kertas kerja ini perkara yang akan dibahaskan ialah cadangan pertama yang inginkan matematik diserapkan dengan beberapa kaedah Islam kerana banyak keraguan yang lahir hasil keputusan Kementerian Pendidikan untuk mewaji bkan kurikulum bersepdu dalam semua bidang pelajaran termasuk matematik. Masalah timbul bukan sahaja di kalangan keluarga pelajar dan keluarga bakal pelajar malah juga pensyarah dan guru-guru, termasuk guru yang mengajar mata pelajaran ini. Mereka yang pada umumnya setuju untuk memasukkan beberapa ciri Islam ke dalam subjek ini masih belum bebas secara total dari beberapa persoalan. Umpananya persoalan, apakah benar tuduhan yang mengatakan bahawa tamadun Islam dalam matematik semuanya tidak original? Apakah benar bahawa tamadun Islam hanya perpustakaan besar yang menyimpan rujukan matematik silam dan tidak lebih dari itu? Apakah benar dalam sejarah tamadun Islam mereka telah memusnahkan sebahagian besar buku matematik silam? Apakah betul matematik kini hasil tamdun Eropah semata-mata? Kalaulah semua tuduhan i tu benar alangkah sukarnya tugas kita untuk meyakinkan para pelajar, keluarga pelajar, guru dan pensyarah matematik bahawa mereka mengajar sesuatu yang berfaedah. Mereka akan terasa yang masa dan tenaga mereka dicurahkan kepada sesuatu yang tidak mustahak. Hasilnya pengajaran pembelajaran tidak akan mencapai kecemerlangan. Ramai juga yang masih tertanya-tanya apakah terdapat unsur matematik dalam Quran dan hadis? Jika betul ada, sebanyak mana dan sepenting mana nilainya? Bukankah kelak kita terpaksa merujuk bahasa Arab demi memperolehi maklumat yang lengkap. Apakah Bahasa Arab dapat digunakan dalam pendidikan. matematik, sekurangkurangnya sebagai rujukan guru atau pensyarah? Seandainya persoalan-persoalan begini tidak terjawab dengan memuaskan pasti kecemerlangan pengajaran-pembelajaran sains matematik turut terjejas. Inilah diantara masalah yang akan dihuraikan dalam kertas kerja ini. Namun kertas kerja ini hanya merupakan' perintis dalam perkara i ni yang sermestinya memerlukan penyelidikan yang lebih mendalarn.


Download File

[img] PDF
Keperluan awal penyelidikan dan pendidikan matematik islam.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (943kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Universiti Pertanian Malaysia
Keywords: Islamic mathematics; Mathematic education islam
Depositing User: Azhar Abdul Rahman
Date Deposited: 13 May 2016 16:55
Last Modified: 13 May 2016 16:55
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/43435
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item