Simple Search:

Keberkesanan modul latihan fizikal terhadap peningkatan keyakinan diri dan ketahanan mental pelatih program latihan khidmat negara, Malaysia


Citation

Abd Manaf, Norsyahrina (2013) Keberkesanan modul latihan fizikal terhadap peningkatan keyakinan diri dan ketahanan mental pelatih program latihan khidmat negara, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Aktiviti fizikal membawa kesan positif kepada kesihatan kita, ia juga berkesan dalam memperkukuhkan kekuatan, keyakinan, keberanian serta daya tahan diri. Di Malaysia, terdapat beberapa modul berbentuk fizikal yang dianjurkan termasuklah modul latihan fizikal di PLKN yang mengambil masa yang lebih lama berbanding modul fizikal lain. Objektif utama modul latihan fizikal di PLKN adalah meningkatkan ketahanan mental dan keyakinan diri. Justeru, kajian ini dijalankan bagi tujuan untuk mengenal pasti keberkesanan modul dalam usaha meningkatkan ketahanan mental dan keyakinan diri pelatih. Kajian telah dijalankan ke atas 362 orang pelatih di Kem Putra-putri Alor Gajah, Melaka di mana proses pengumpulan data dijalankan sebanyak dua peringkat (pra dan pasca). Berdasarkan kepada analisis yang dilakukan, majoriti pelatih mempunyai tahap keyakinan diri dan ketahanan mental yang sederhana bagi kedua-dua peringkat (pra dan pasca). Bagi keputusan perbandingan pra dan pasca bagi kedua-dua pembolehubah pula, kedua-duanya menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (keyakinan diri, p=.000; ketahanan mental, p=.000). Kesimpulannya, hasil yang diperolehi telah menunjukkan bahawa modul latihan fizikal di PLKN mampu untuk meningkatkan ketahanan mental dan keyakinan diri pelatih. Kesan daripada keadaan ini, adalah disyorkan bahawa PLKN di Malaysia perlu dilaksanakan dalam tempoh yang lebih lama agar dapat memberikan lebih banyak ruang untuk aktiviti baru yang mencabar untuk ditambah.


Download File

[img]
Preview
PDF
IPSS 2013 1R.pdf

Download (173kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Resilience (Personality trait) - Malaysia
Subject: Physical education and training - Malaysia
Subject: Resilience (Personality trait) in adolescence - Malaysia
Call Number: IPSS 2013 1
Chairman Supervisor: Bahaman Abu Samah, PhD
Divisions: Institute for Social Science Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 08 Jan 2016 04:17
Last Modified: 08 Jan 2016 04:17
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/41454
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item