UPM Institutional Repository

Pengaruh persekitaran linguistik dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua


Citation

Md. Yusuf, Noor Zila and Juhari, Amir (2013) Pengaruh persekitaran linguistik dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. In: KOLITA 11: Konferensi Linguistik Tahunan Atma Jaya Kesebelas Tingkat Internasional, 1-2 May 2013, Universitas Katolik Indonesia Atma Jaya, Indonesia. . (Unpublished)

Abstract

Manusia menggunakan bahasa untuk berkomunikasi, meluahkan perasaan, menyampaikan ilmu, memberi arahan, menyatakan sesuatu dan sebagainya. Bahasa juga mencerminkan pemikiran, peraturan, sikap, kebudayaan dan peradaban sesuatu bangsa yang dapat diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Manusia memperoleh bahasa pertama secara semula jadi sejak dilahirkan dan dianggap sebagai bahasa ibunda. Apabila perkembangan pesat berlaku manusia mula mempelajari bahasa kedua secara formal. Dalam proses mempelajari bahasa kedua ini kadang berlaku pertukaran kod, pemindahan kod dan tidak kurang penting juga wujud bahasa lain di antara kedua-duanya. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan setiap kaum ini mempunyai bahasanya yang tersendiri. Uniknya BM dipilih dan diangkat menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini, iaitu bahasa ini digunakan sebagai bahasa pengantar dan bahasa perantaraan masyarakat bagi semua kaum. Oleh itu, walaupun terdapat banyak bahasa bumiputera atau bahasa tempatan yang dituturkan di seluruh pelusuk tempat di negara ini, BM tetap digunakan sebagai bahasa perantaraan di sekolah. Di Sarawak, khasnya terdapat lebih daripada 30 etnik yang menuturkan bahasa pribumi masing-masing. Justeru, mereka akan mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di sekolah. Penguasaan B1 dan B2 sangat berbeza. Penguasaan bahasa pertama melalui pemerolehan yang diwarisi secara turun temurun dan prosesnya berlaku secara tidak sengaja dan tanpa dirancang. Dalam keadaan atau situasi yang tidak disedari, penguasaan bahasa secara pemerolehan akan melibatkan proses mental dan prosesnya bersifat tabii. Penguasaan bahasa kedua pula kebiasaannya diperoleh melalui pembelajaran secara formal di sekolah. Pelajar-pelajar di Sarawak menghadapi masalah berkaitan pertuturan dan penulisan bahasa Melayu Standard. Keadaan kini mendorong pengkaji untuk mengkaji dan menyelidik fenomena tersebut dengan lebih mendalam. Selain itu, fenomena pemindahan bahasa ini juga dilihat sebagai satu permasalahan yang perlu dibendung dan ditangani. Dalam kajian ini, bahasa kedua merujuk kepada Bahasa Melayu yang dipelajari oleh pelajar-pelajar Iban, manakala Bahasa Iban merupakan bahasa ibunda atau bahasa pertama mereka.


Download File

[img] PDF
41181.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (573kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Linguistics; Malay language; Learning and teaching; Language acquisition; Formal learning
Depositing User: Nursyafinaz Mohd Noh
Date Deposited: 28 Oct 2015 08:42
Last Modified: 28 Oct 2015 08:42
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/41181
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item