UPM Institutional Repository

Faktor yang mempengaruhi integrasi kefahaman beragama dalam amalan kaunseling pelbagai budaya di Malaysia


Citation

Mohd Dagang, Mazidah (2013) Faktor yang mempengaruhi integrasi kefahaman beragama dalam amalan kaunseling pelbagai budaya di Malaysia. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Agama dan spiritual adalah domain penting dalam mewujudkan pendekatan yang menyeluruh dan holistik dalam perkhidmatan kaunseling. Association of Spiritual and Religious Values in Counseling telah mengemukakan sembilan kompetensi spiritual sebagai asas kaunselor mengintegrasikan kefahaman beragama dalam amalan kaunseling. Kepentingan agama dalam mempengaruhi kehidupan individu perlu dilihat sama seperti kepentingan pelbagai budaya dalam mempengaruhi keseluruhan aspek kehidupan manusia. Oleh itu kaunselor perlu mengambil kira aspek agama sebagai salah satu komponen yang dinilai secara bersama dengan aspek pelbagai budaya yang lain dalam proses kaunseling. Sehubungan dengan itu agama perlu diintegrasikan dalam proses kaunseling untuk membantu klien ke arah perkembangan hidup yang lebih positif dan bermakna. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti Integrasi Kefahaman Beragama (IKbA), Kompetensi Kaunseling Pelbagai Budaya (KKPB),Kesejahteraan Spiritual (KS), Komitmen terhadap Aktiviti Keagamaan (KtAK) dan Kompetensi Spiritual dalam Amalan Kaunseling (KSdAK) dalam kalangan kaunselor berdaftar di Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara pemboleh ubah –pemboleh ubah yang dikaji iaitu antara KKPB, KtAK, KS dan KSdAk dengan IKbA, di samping mengenal pasti pemboleh ubah peramal IKbA. Kaedah kajian ex-post facto jenis korelasi digunakan. Kajian ini melibatkan 240 orang kaunselor berdaftar di seluruh Malaysia. Soal selidik IKbA, KKPB, KS,KtAK dan KSdAK telah digunakan dalam kajian ini. Set soal selidik tersebut dihantar secara pos kepada sampel terpilih. Analisis deskriptif (peratus, min dan sisihan piawai) dan inferensi (Korelasi Pearson, dan analisis regresi pelbagai) digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh. Dapatan kajian menunjukkan IKbA, KKPB, KS dan KSdAK dalam kalangan kaunselor adalah sederhana,manakala KtAK adalah tinggi. Terdapat hubungan yang signifikan antara IKbA dengan KKPB, KtAK, KS dan KSdAK. KSdAK dan KtAK merupakan pemboleh ubah peramal utama bagi IKbA. Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, antara cadangan yang dikemukakan adalah latihan yang standard dan pendedahan berterusan mengenai pengintegrasian kefahaman beragama dalam amalan kaunseling perlu diwujudkan untuk meningkatkan tahap kompetensi spiritual dan agama dalam kalangan kaunselor berdaftar di Malaysia.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2013 9R.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Cross-cultural counseling - Malaysia
Subject: Counseling - Religious aspects - Malaysia
Subject: Spirituality
Call Number: FPP 2013 9
Chairman Supervisor: Profesor Madya Rusnani Abdul Kadir
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 29 Jan 2016 02:03
Last Modified: 29 Jan 2016 02:03
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39961
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item