UPM Institutional Repository

Perbandingan kesan regangan dinamik dan regangan statik terhadap prestasi daya, kuasa dan kelenturan dalam kalangan pemain badminton remaja terpilih


Citation

Ooi, Siew Gaik (2013) Perbandingan kesan regangan dinamik dan regangan statik terhadap prestasi daya, kuasa dan kelenturan dalam kalangan pemain badminton remaja terpilih. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian menunjukkan aktiviti memanaskan badan dapat meningkatkan prestasi sukan dan mengurangkan risiko kecerderaan sukan. Regangan statik atau dinamik merupakan komponen utama dalam aktiviti memanaskan badan dan dipercayai dapat membantu terhadap penghasilan daya dan kuasa. Dalam sukan badminton, kebolehan pemain memungut setiap mata adalah penting supaya dia mendahului dan mengawal pertandingan dari awal set dan berpeluang memenangi set tersebut. Regangan yang dapat merangsang dan menyediakan sistem neuromuskular ke tahap optimum akan membantu pemain bertindak dengan cekap dalam gelanggang. Walau bagaimanapun, dapatan kajian tentang keberkesanan kedua-dua regangan tersebut semasa memanaskan badan masih bercanggah. Maka, objektif kajian ini ialah untuk membanding kesan regangan statik dan dinamik terhadap kelenturan dan penghasilan daya dan kuasa dalam kalangan pemain badminton remaja yang terpilih. Seramai 14 orang pemain badminton remaja terpilih yang berusia 15 tahun (lelaki=6, perempuan=8) menyertai kajian ini. Kajian ini menggunakan reka bentuk 2x4 repeated measures (dua jenis regangan X empat kali percubaan) dan crossover design untuk mengawal kesan turutan kaedah regangan di mana setiap subjek perlu melakukan kedua-dua jenis regangan statik dan dinamik pada hari yang berlainan. Kuantiti regangan kedua-dua kaedah regangan adalah sama (selama 30 saat, tiga set) dan dilaksanakan pada otot-otot kuadriseps, hamstrings dan calf yang digunakan semasa lompatan countermovement jump (CMJ). Ujian CMJ dan duduk menjangkau ubah suai (DJUS) dilakukan pada setiap sesi ujian iaitu sesi pra ujian, sebaik selepas aktiviti regangan, serta 15 dan 30 minit selepas aktiviti regangan. Analisis statistik two-way repeated measures ANOVA menunjukkan bahawa tidak ada interaksi yang signifikan bagi semua pemboleh ubah bersandar yang diukur (daya puncak, p=0.44; daya purata, p=0.16; kuasa puncak,p=0.58; kuasa purata=0.209; kelenturan, p=0.503) dan ini mencadangkan bahawa tiada perbezaan kesan daripada regangan statik dan regangan dinamik atas penghasilan daya, kuasa dan kelenturan. Selain itu, juga tiada perbezaan antara dua kaedah regangan ini dari segi jangkamasa pengekalan kesan regangan untuk semua pemboleh ubah kecuali kelenturan (p=0.001). Analisis pairwise comparison menunjukkan aktiviti regangan meningkatkan kelenturan sebaik selepas regangan (p=0.001),mencapai kemuncak 15 minit pasca regangan (p=0.001), dan dapat mengekalkan kelenturan sehingga 30 minit pasca regangan (p=0.004) dengan signifikan. Kesimpulannya yang boleh dibuat berdasarkan analisis data adalah bahawa kedua-dua regangan statik dan dinamik dapat meningkatkan prestasi kelenturan, dan kesan ini capai kemuncak selepas 15 minit dan boleh dikekalkan sehingga 30 minit selepas regangan dilakukan. Aktiviti regangan tidak nampak memberi sebarang sumbangan kepada penghasilan daya dan kuasa. Justerus itu, dapatan kajian tidak menyokong satu kaedah regangan sebagai kaedah yang lebih sesuai untuk pemain badminton remaja terpilih.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2013 8R.pdf

Download (824kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Badminton players - Training of - Malaysia
Subject: Badminton (Game) - Malaysia
Subject: Stretching exercises
Call Number: FPP 2013 8
Chairman Supervisor: Kok Lian Yee, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 29 Jan 2016 01:58
Last Modified: 29 Jan 2016 01:58
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39957
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item