UPM Institutional Repository

Faktor dan implikasi tiada jaminan kedapatan makanan dalam kalangan mahasiswa yang menerima bantuan kewangan di Institusi Pengajian Tinggi Awam


Citation

Abd Razak, Siti Marhana (2014) Faktor dan implikasi tiada jaminan kedapatan makanan dalam kalangan mahasiswa yang menerima bantuan kewangan di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tiada jaminan kedapatan makanan berlaku apabila seseorang tidak memperoleh nutrien yang mencukupi, makanan yang tidak selamat dimakan atau tidak berkemampuan untuk mendapatkan makanan bagi menjalani kehidupan seharian secara sihat. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor dan implikasi tiada jaminan kedapatan makanan dalam kalangan mahasiswa yang menerima bantuan kewangan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Kajian ini melibatkan seramai 484 mahasiswa daripada empat buah universiti yang dipilih secara persempelan rawak berperingkat. Borang soal selidik dan ukuran antropometri digunakan untuk pengumpulan data. Penganalisisan data dibahagikan kepada analisis diskriptif dan inferensi yang melibatkan analisis Ujian-t, Ujian ANOVA, Ujian Korelasi Pearson dan Ujian ANCOVA. Hasil kajian menunjukkan sumber utama kewangan responden adalah daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (84.6%). Sebanyak 73.7% responden menyatakan sumber kewangan yang diperolehi adalah tidak mencukupi. Purata peratus perbelanjaan berbanding dengan sumber kewangan mengikut keutamaan adalah untuk perbelanjaan makanan (37.2%), keperluan pengajian (15.1%), pakaian (10.8%), pengangkutan (10.5%) dan hiburan serta rekreasi (7.3%). Sebanyak 67.1% responden dikategorikan sebagai tiada jaminan kedapatan makanan. Lebih separuh daripada responden tidak mencapai Cadangan Pengambilan Pemakanan untuk Malaysia (RNI)bagi tenaga (89.9%), protein (55.8%), kalsium (93.4%), zat besi (62.2%), vitamin A (79.1%), vitamin C (88.2%), vitamin B1 (90.0%), vitamin B2 (77.7%), vitamin B3 (87.2%) dan vitamin B9 (99.6%). Sebanyak 33.5% responden memperoleh skor kepelbagaian makanan rendah. Walau bagaimanapun lebih separuh daripada responden (60.7%) memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.00 hingga 3.749. Purata komponen fizikal dan mental masing-masing ialah 53.54 dan 40.70. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara skor tiada jaminan kedapatan makanan dengan jantina (p˂0.05), etnik (p˂0.001) dan sumber kewangan (p˂0.01). Hasil kajian juga menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan antara skor tiada jaminan kedapatan makanan dengan perbelanjaan komunikasi (p˂0.01). Seterusnya setelah mengawal pemboleh ubah kovariat, terdapat perbezaan yang signifikan di antara skor kepelbagaian makanan (p˂0.05) dan pegambilan makanan (vitamin A) (p≤0.05) dengan status jaminan kedapatan makanan. Ini menunjukkan skor kepelbagaian makanan semakin menurun apabila status tiada jaminan kedapatan makanan semakin serius. Analisis kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara purata komponen kesejahteraan kesihatan fizikal (p˂0.01) dan mental (p˂0.001) dengan status jaminan kedapatan makanan. Setelah mengawal pemboleh ubah kovariat, hasil kajian mendapati wujud perbezaan yang signifikan bagi komponen kesejahteran kesihatan iaitu dimensi peranan fungsi fizikal (p˂0.001) dan dimensi kesakitan badan (p˂0.001) dengan status jaminan kedapatan makanan. Manakala dimensi komponen kesejahteraan kesihatan mental pula, terdapat perbezaan yang signifikan untuk dimensi fungsi sosial (p˂0.001) dan peranan emosi (p˂0.001) berdasarkan status jaminan kedapatan makanan. Kesimpulannya, faktor risiko yang menyumbang kepada tiada jaminan kedapatan makanan dalam kalangan mahasiswa ialah jantina, etnik, sumber kewangan dan perbelanjaan komunikasi. Di samping itu, tiada jaminan kedapatan makanan memberi implikasi kepada kualiti makanan yang diambil berdasarkan skor kepelbagaian makanan. Seterusnya, tiada jaminan kedapatan makanan memberi implikasi kepada kesejahteraan kesihatan fizikal dan kesejahteraan kesihatan mental. Oleh itu, pihak kerajaan dan Institusi Pengajian Tinggi perlu mengambil perhatian yang serius mengenai masalah tiada jaminan kedapatan makanan dalam kalangan mahasiswa kerana ia memberi implikasi kepada pemakanan dan kesejahteraan kesihatan. Agensi yang bertanggungjawab memberi bantuan kewangan kepada mahasiswa perlulah mengkaji semula jumlah pinjaman atau biasiswa yang diberikan memandangkan kos sara hidup dan perbelanjaan pengajian yang semakin meningkat. Manakala pihak Institusi Pengajian Tinggi perlu memberi penumpuan untuk meningkatkan pengetahuan pemakanan, pengurusan kewangan dan kesihatan di samping menyediakan kemudahan gerai untuk menjual pelbagai jenis makanan yang sihat dan berkhasiat dengan harga berpatutan di dalam kampus.


Download File

[img]
Preview
PDF
FEM 2014 6 edit.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Food security - Malaysia
Subject: College students - Malaysia - Nutrition
Subject: College students - Malaysia - Health and hygiene
Call Number: FEM 2014 6
Chairman Supervisor: Norhasmah Binti Sulaiman, Ph.D
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Hasimah Adam
Date Deposited: 19 Aug 2015 03:54
Last Modified: 19 Aug 2015 03:54
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39726
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item