Simple Search:

Penguasaan leksikal domain tempatan dalam kalangan remaja


Citation

Abdul Malek, Noorul Khairien (2014) Penguasaan leksikal domain tempatan dalam kalangan remaja. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Kajian ini memfokus kepada penguasaan leksikal domain tempatan dalam kalangan remaja. Domain tempatan dalam kajian ini merujuk kepada leksikal tradisional Melayu. Idea tentang kajian ini tercetus memandangkan lunturnya penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan remaja disebabkan penyerapan leksikal asing dan juga pembentukan leksikal baharu sebagai wahana komunikasi hasil ciptaan pengguna bahasa yang kreatif. Hal ini pernah disuarakan oleh Awang Sariyan (2007) bahawa keadaan semakin parah apabila generasi muda gagal menguasai bahasa Melayu dan hanya menerimanya sebagai bahasa rasmi seperti yang terkandung dalam kontrak sosial. Selain itu, remaja tidak didedahkan dan tidak mengetahui kewujudan sesuatu leksikal dalam sesuatu domain tempatan serta tidak memahami maksud leksikal tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti ciri intrinsik dan ekstrinsik dalam leksikal domain tempatan bahasa Melayu; menentukan tahap penguasaan kosa kata domain tempatan dalam kalangan remaja; dan menentukan mekanisme untuk meningkatkan penguasaan leksikal domain tempatan dalam kalangan remaja. Teori Sosiokognitif diterapkan dalam kajian ini bagi menghuraikan perkaitan antara persekitaran dengan pemikiran remaja dalam pemerolehan kosa kata tradisional. Kajian ini menggunakan kaedah kajian lapangan dengan instrumen kajian soal selidik, Skala Ukur Pengetahuan Kosa Kata atau Vocabulary Knowledge Scale (VKS) digunakan dalam instrumen temu bual dan ujian Skema Pengecaman Kosa atau Vocabulary Recognition Task (VRT) turut digunakan bagi menentukan tahap penguasaan leksikal domain tempatan dalam kalangan remaja. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor pengalaman dan persekitaran remaja memberi refleksi kepada kognitif remaja dalam penguasaan sesuatu leksikal. Tahap penguasaan remaja dalam leksikal domain tempatan berada pada tahap sederhana iaitu domain kuih tradisional Melayu sebanyak 54.4%, domain pakaian tradisional Melayu sebanyak 64.1%, dan domain permainan tradisional Melayu sebanyak 40.0%. Kajian menunjukkan bahawa mekanisme yang boleh diimplementasikan untuk membantu meningkatkan penguasaan leksikal domain tempatan dalam kalangan remaja ialah melalui pembacaan ilmiah, komunikasi, pembelajaran di sekolah, persekitaran responden dan media massa.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2014 9 IR AB.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language - Usage
Subject: Malay language - Lexical
Subject: Teenagers - Language
Call Number: FBMK 2014 9
Chairman Supervisor: Hasnah binti Mohamad, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Hasimah Adam
Date Deposited: 31 Jul 2015 12:19
Last Modified: 31 Jul 2015 12:19
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39607
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item