UPM Institutional Repository

Kesan kekerapan pengajaran pendidikan jasmani terhadap tahap kecergasan murid sekolah rendah


Citation

Mohd Fauzi, Cik Mimi Aida (2014) Kesan kekerapan pengajaran pendidikan jasmani terhadap tahap kecergasan murid sekolah rendah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan kekerapan pengajaran pendidikan jasmani (PJ) terhadap tahap kecergasan murid sekolah rendah. Enam puluh orang murid, (30= lelaki , 30= perempuan) telah dipilih secara rawak sistematik untuk menjadi responden dalam kajian ini. Penyelidik telah menggunakan Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) untuk menilai tahap kecergasan murid. Program intervensi melihat perbezaan tahap kecergasan murid yang mengikuti PJ sekali seminggu dan PJ 3 kali seminggu selama 8 minggu. Terdapat lima jenis komponen yang dinilai iaitu daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, daya kekuatan otot, fleksibiliti dan Body Mass Indeks (BMI). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan di antara dua kumpulan. Keputusan menunjukkan kumpulan rawatan lebih meningkat tahap kecergasan jika dibandingkan dengan kumpulan kawalan. Keputusan ujian t menunjukkan daya tahan kardiovaskular (t=4.98, p<0.05), daya tahan otot (t=-7.44, p<0.05) daya kekuatan otot (t=-8.11, p<0.05), dan fleksibiliti (t=-7.54, p<0.05) dan BMI t=3.41, p<0.05) bagi kumpulan rawatan. Secara keseluruhan keberkesanan kekerapan pengajaran PJ dapat mempengaruhi tahap kecergasan murid sekolah rendah.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2014 16 IR.pdf

Download (969kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Physical education for children
Subject: Primary school - Physical fitness for children - Malaysia
Call Number: FPP 2014 16
Chairman Supervisor: Prof. Madya Soh Kim Geok, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Hasimah Adam
Date Deposited: 16 Jan 2017 02:34
Last Modified: 16 Jan 2017 02:34
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39386
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item