UPM Institutional Repository

Perkaitan antara pengetahuan pemakanan, sikap terhadap berat badan, dan amalan pemberian makanan dengan tingkah laku makan dan berat badan anak prasekolah di Gombak, Malaysia


Citation

Md. Yasin, Siti Farhana (2013) Perkaitan antara pengetahuan pemakanan, sikap terhadap berat badan, dan amalan pemberian makanan dengan tingkah laku makan dan berat badan anak prasekolah di Gombak, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tumbesaran kanak-kanak dipengaruhi oleh tingkah laku makan dan berat badan mereka. Tingkah laku makan yang merujuk kepada respon kanak-kanak, sama ada menerima atau menolak makanan merupakan aspek penting dan kritikal semasa peringkat awal kanak-kanak. Berat badan pula bukan sahaja menjadi petunjuk kepada tahap kesihatan kanak-kanak, malahan ia mempengaruhi perkembangan lain termasuk aspek sosioemosi dan kognitif mereka. Kajian ini bertujuan untuk menentukan perkaitan antara pengetahuan pemakanan, sikap terhadap berat badan anak dan amalan pemberian makanan ibu dengan tingkah laku makan dan berat badan anak. Sampel kajian terdiri daripada 331 kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun dan ibu masing-masing di Daerah Gombak, Selangor. Kaedah persampelan yang digunakan adalah persampelan rawak berstrata. Pengumpulan data merangkumi borang soal-selidik dan pengukuran antropometri. Pengetahuan pemakanan ibu diukur menggunakan soal-selidik Pengetahuan Pemakanan, sikap terhadap berat badan anak diukur menggunakan Child Feeding Questionnaire (CFQ) dan amalan pemberian makanan ibu diukur menggunakan Comprehensive Feeding Practices Questionnaire (CFPQ). Tingkah laku makan kanak-kanak diukur menggunakan Children’s Eating Behavior Questionnaire (CEBQ). Pengukuran antropometri dijalankan bagi mendapatkan berat badan kanak-kanak. Hasil kajian mendapati 80.4% kanak-kanak mempunyai berat badan normal, 3.6% kanak-kanak kekurangan berat badan, 7.3% kanak-kanak berlebihan berat badan dan 8.8% kanak-kanak mengalami obesiti. Kanak-kanak dalam kajian ini lebih menunjukkan tingkah laku penolakan makanan berbanding tingkah laku penerimaan makanan. Pengetahuan pemakanan hanya mempunyai perkaitan signifikan dengan tingkah laku penolakan makanan kanak-kanak (r = .155, p < 0.01). Sikap terhadap berat badan anak (tanggapan terhadap berat badan anak) mempunyai perkaitan signifikan dengan tingkah laku penerimaan makanan anak (r = .156, p < 0.01), tingkah laku penolakan makanan anak (r = -.259, p < 0.01) dan berat badan anak (r = .428, p < 0.01). Keprihatinan terhadap berat badan anak hanya mempunyai perkaitan signifikan dengan berat badan kanak-kanak (r = -.129, p < 0.05). Empat daripada lima amalan pemberian makanan ibu, iaitu amalan penyekatan, paksaan, galakan dan instrumental mempunyai perkaitan signifikan dengan tingkahlaku makan kanak-kanak dan berat badan anak. Amalan penyekatan mempunyai perkaitan signifikan dengan tingkah laku penerimaan makanan anak (r = .115, p < 0.05) dan berat badan anak (r = .140, p < 0.05). Amalan paksaan mempunyai perkaitan signifikan dengan tingkah laku penolakan makanan anak (r = .123, p < 0.05) dan berat badan anak (r = -.262, p < 0.01). Amalan galakan pula mempunyai perkaitan signifikan hanya dengan tingkah laku penerimaan makanan anak (r = .143, p < 0.01). Manakala amalan instrumental mempunyai perkaitan siginifikan dengan tingkah laku penerimaan makanan anak (r = .207, p < 0.01) dan tingkah laku penolakan makanan anak (r = -.186, p < 0.01). Ujian regresi berganda menunjukkan 10.8% varians tingkah laku penerimaan makanan anak dijelaskan oleh amalan instrumental, tanggapan terhadap berat badan anak, amalan galakan dan jantina anak. Manakala sebanyak 14.2% varians tingkah laku penolakan makanan anak dijelaskan oleh pengetahuan pemakanan, umur anak, amalan instrumental dan tanggapan terhadap berat badan anak. Varians berat badan anak pula dijelaskan sebanyak 30.2% oleh tanggapan terhadap berat badan anak, berat badan ibu, amalan penyekatan, keprihatinan terhadap berat badan anak dan amalan paksaan. Kesimpulannya, peranan ibu semasa peringkat awal kanak-kanak adalah penting dalam memastikan kanak-kanak membentuk tingkah laku makan yang baik dan memiliki berat badan yang normal.


Download File

[img]
Preview
PDF
FEM 2013 16.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Food Habits - Malaysia
Subject: Children - Nutrition - Psychological aspects
Subject: Health behavior in children - Malaysia
Call Number: FEM 2013 16
Chairman Supervisor: Mariani binti Mansor, PhD
Divisions: Faculty of Agriculture
Depositing User: Hasimah Adam
Date Deposited: 13 Apr 2016 01:30
Last Modified: 13 Apr 2016 01:30
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39178
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item