UPM Institutional Repository

Persepsi pelancong sukan terhadap Langkawi sebagai destinasi pelancongan sukan


Citation

Hamdan, Nurul Shahida and Yusof, Aminuddin (2014) Persepsi pelancong sukan terhadap Langkawi sebagai destinasi pelancongan sukan. In: Seminar Pasca Siswazah Dalam Pendidikan, 21 Dec. 2014, UPM, Serdang, Malaysia. (pp. 324-328). (Unpublished)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan profil pelancong sukan dalam menentukan persepsi pelancong sukan melancong ke Langkawi sebagai destinasi pelancongan sukan. Borang kaji selidik yang menggunakan instrumen 23 pasang skala perbezaan semantik digunakan untuk mengukur persepsi ciri destinasi kegemaran pelancong yang dibangunkan oleh Attle (1996). Borang kaji selidik ini diedarkan kepada 248 responden iaitu pelancong sukan yang melancong ke Langkawi. Dapatan menunjukkan bahawa pelancong yang melawat ke Langkawi dikategorikan kepada dua iaitu pelancong sukan domestic dan pelancong sukan antarabangsa. Majoriti daripada responden adalah pelancong sukan domestik (74.6%). Pelancong sukan yang lebih muda (22 Ð 28 tahun) lebih meminati menjalankan aktiviti pelancongan sukan berbanding yang telah berusia. Ini menunjukkan bahawa golongan individu yang muda lebih cenderung menyertai percutian berorientasikan sukan daripada golongan individu yang lebih berumur. Pelancong sukan domestik mempunyai persepsi tentang atribut Langkawi sebagai destinasi pelancongan yang popular, domestik, luar bangunan, terasing dan sejuk. Dapatan ini juga mendapati bahawa pelancong sukan antarabangsa mempunyai persepsi tentang atribut Langkawi sebagai destinasi pelancongan yang eksklusif p < 0.05; beta -.516, luar negara p < 0.05; beta -.365, dalam bangunan p < 0.05; beta -.412, sesak p < 0.05; beta -.349 dan panas p < 0.05; beta .747. Berdasarkan dapatan kajian, maklumat-maklumat yang diperolehi boleh digunakan oleh industri pelancongan sukan untuk melaksanakan segmentasi pasaran kepada sasaran pelancong dengan lebih berkesan di Langkawi.


Download File

[img] PDF
38880.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (159kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Keywords: Sport Tourism; Perception; Langkawi
Depositing User: Nursyafinaz Mohd Noh
Date Deposited: 22 Jun 2015 01:45
Last Modified: 22 Jun 2015 01:45
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/38880
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item