UPM Institutional Repository

Perbandingan pentafsiran leksikal haiwan dalam peribahasa Melayu, dengan peribahasa Cina dan Tamil


Citation

Razlan, Amira (2013) Perbandingan pentafsiran leksikal haiwan dalam peribahasa Melayu, dengan peribahasa Cina dan Tamil. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Malaysia merupakan negara yang mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum antaranya ialah Melayu, Cina dan India. Setiap bangsa ini mewarisi himpunan peribahasa yang menggambarkan kebudayaan hidup mereka yang tersendiri. Penggunaan peribahasa merupakan salah satu cara ahli masyarakat dalam kebanyakan budaya meluah perasaan dan menyampaikan pesanan. Hal ini kerana budaya masyarakat timur sememangnya tidak gemar berterus terang tentang baik buruk seseorang. Namun begitu, timbul beberapa kekeliruan dalam memahami maksud yang cuba disampaikan dalam peribahasa tersebut disebabkan budaya yang berlainan ini. Maka, keadaan ini telah menimbulkan salah faham antara ketiga-tiga kaum tersebut. Oleh yang demikian, dalam memahami persamaan dan perbezaan pemikiran masyarakat dari segi faktor penggunaan leksikal serta makna leksikal, kajian perbandingan peribahasa Melayu, Cina dan Tamil yang melibatkan leksikal haiwan telah dilakukan. Selain daripada meneliti aspek persamaan dan perbezaan leksikal yang wujud daripada perbandingan tersebut, kaitan peribahasa dalam persekitaran masyarakat Melayu, Cina dan India juga turut dikaji. Peribahasa-peribahasa yang diperoleh daripada teks Koleksi Terindah Peribahasa Melayu, Peribahasa Cina, Easy Way to Learn Chinese Idioms dan Tamil Proverb with Their English Translation: Containing Upwards Of Six Thousand Proverb 2nd ed telah dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis teks. Model Istilah Wüster yang terkandung dalam Teori Umum Peristilahan pula digunakan untuk menganalisis data kajian. Aspek utama yang dilihat ialah konsep iaitu lambang makna yang terhasil daripada perbandingan ketiga-tiga peribahasa yang melibatkan leksikal haiwan. Dalam memperoleh konsep lambang makna tersebut, leksikal-leksikal yang terkandung dalam peribahasa juga turut diteliti satu persatu dari sudut semantik, hubungan sintaksis antara perkataan serta kaitan budaya setiap kaum kerana akan mempengaruhi konsep makna peribahasa tersebut. Data kajian telah menunjukkan sebanyak 46% daripada analisis peribahasa masyarakat majmuk di negara kita mempunyai persamaan pemikiran dalam menggunakan leksikal haiwan dalam membuat lambang atau simbol yang sama. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penggunaan leksikal dalam peribahasa, iaitu aktiviti sara hidup, geografi penempatan, agama dan kepercayaan, budaya dan adat resam serta mitos dan lagenda. Kajian ini seterusnya diharapkan dapat meningkatkan lagi tingkat kefahaman tentang budaya dan bahasa dalam kalangan tiga kaum terbesar di Malaysia ini serta memelihara warisan bahasa yang semakin dipinggirkan oleh generasi muda kini.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2013 6 IR.pdf

Download (730kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Proverbs, Chinese - History and criticism
Subject: Proverbs, Malay - History and criticism
Subject: Proverbs, Tamil - History and criticism
Call Number: FBMK 2013 6
Chairman Supervisor: Hasnah Mohamad, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 12 Jan 2016 06:53
Last Modified: 12 Jan 2016 06:53
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/38516
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item