UPM Institutional Repository

Phd dan saya: antara cita dan air mata


Citation

Syed Ismail, Sharifah Norkhadijah and Praveena, Sarva Mangala and Zainal Abidin, Emilia and Rasdi, Irniza (2014) Phd dan saya: antara cita dan air mata. , Serdang, Selangor. ISBN 9789671268001

Abstract

Buku bertajuk PhD dan Saya. Antara cita dan air mata....merupakan sebuah perkongsian ilmu dan pengalaman empat orang penulis yang disampaikan kepada pembaca dengan objektif untuk menarik perhatian masyarakat umum tentang pengajian Doktor Falsafah (PhD) yang dianggap sesuatu yang ‘amat sukar untuk dilalui dan dikecapi hingga berjaya’. Kerap kali PhD dikaitkan dengan kepayahan, kesusahan dan ketakutan yang teramat sangat, sehinggakan ia menerbitkan rasa tidak yakin di kalangan pelajar. Atas dasar ini, penulis cuba merungkai serta berkongsi kisah pengalaman masing-masing mengikut sub topik yang relevan dengan pengajian PhD untuk dikongsikan dengan para palajar mahupun keluarga mereka, agar mereka lebih memahami konsep pengajian PhD. Kandungan buku ini akan menceritakan tentang bagaimana penulis menghadapi cabaran menyambung pengajian di dalam dan luar negara, mengurus masa dan penyelia, mengurus keluarga dalam pada masa yang sama mempunyai tanggungjawab besar yang digalas di bahu dengan kupasan yang lebih terperinci. Buku ini diolah dengan bahasa yang mudah difahami, serta lebih berbentuk santai bagi rujukan pembaca umum. Pelbagai panduan disediakan serta rumusan dan kesimpulan di setiap topik memudahkan pembaca memahami isi penting buku ini. Buku ini amat penting untuk meningkatkan dan menambahkan pengetahuan pembaca tentang pengajian PhD dan pentingnya kepada kemampanan kemajuan negara. Akhir sekali, penerbitan buku ini akan menambah koleksi buku dalam bidang motivasi yang boleh dimanfaatkan oleh pelbagai pihak.


Download File

[img]
Preview
Text (Book cover)
Phd dan Saya. Antara Cita dan Air Mata.pdf

Download (388kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Book
Divisions: Faculty of Medicine and Health Science
Publisher:
Depositing User: Mohd Hafiz Che Mahasan
Date Deposited: 26 May 2015 07:43
Last Modified: 11 Dec 2019 16:55
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/38017
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item