UPM Institutional Repository

Gerak kerja ‘5P’ pembentukan istilah Bahasa Melayu


Citation

Mat Dehan, Asrul Azuan and Yaakob, Nor Azuwan and Zakaria, Jama'yah (2014) Gerak kerja ‘5P’ pembentukan istilah Bahasa Melayu. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 1. pp. 77-86. ISSN 2289-7208; ESSN: 2289-9294

Abstract

Kajian ini merupakan kajian deskriptif untuk menganalisis sumber dan prosedur pentadbiran pembentukan istilah bahasa Melayu daripada bahasa asing. Kajian ini dilakukan untuk memberi pendedahan kepada pengguna tentang prosedur pentadbiran yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk membentuk istilah bahasa Melayu daripada bahasa asing. Selain itu, kajian ini menggunakan kaedah temu bual dan kaedah analisis dokumen. Kaedah temu bual digunakan untuk mendapatkan data berkaitan dengan prosedur pentadbiran pembentukan istilah bahasa Melayu. Kaedah analisis dokumen pula digunakan untuk meneliti teks atau kajian terdahulu secara tekstual dan kontekstual. Objektif utama kajian adalah untuk mengenal pasti sumber dan prosedur pentadbiran pembentukan istilah bahasa asing. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga sumber utama yang dimanfaatkan dalam pembentukan istilah, iaitu bahasa Melayu, bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu dan bahasa asing (bahasa Inggeris dan bahasa Arab). Berdasarkan analisis dari sudut prosedur pembentukan istilah bahasa Melayu, terdapat lima prosedur pentadbiran pembentukan istilah bahasa Melayu, iaitu penggubalan, pengesahan, penyelarasan, pemanuskripan dan penyebaran. Ringkasnya, prosedur pentadbiran pembentukan istilah bahasa Melayu merupakan satu elemen atau proses yang rumit dan mengambil jangka masa yang panjang. Prosedur ini perlu didedahkan kepada pengguna istilah bahasa Melayu untuk meningkatkan martabat bahasa Melayu ke peringkat global.


Download File

Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: https://journal.ump.edu.my/ijleal/article/view/421

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.15282/ijleal.v1.421
Publisher: Penerbit Universiti Malaysia Pahang
Keywords: Foreign language; Malay; Term formation procedures
Depositing User: Ms. Nuraida Ibrahim
Date Deposited: 06 Nov 2023 10:01
Last Modified: 06 Nov 2023 10:01
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.15282/ijleal.v1.421
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/37774
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item