UPM Institutional Repository

Daya kreativiti kanak-kanak: satu kajian kes


Citation

Wan Mohammad, Wan Muna Ruzanna and Subramaniam, Vijayaletchumy (2014) Daya kreativiti kanak-kanak: satu kajian kes. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 134. pp. 436-445. ISSN 1877-0428

Abstract

Pemerolehan bahasa berlaku pada manusia sejak lahir yang mana memiliki keupayaan untuk berbahasa dengan adanya alat pemerolehan bahasa semula jadi. Kajian “Daya Kreativiti Kanak-kanak” adalah bertujuan untuk mengenal pasti instrumen atau bahan yang bersesuaian untuk membina dan merangsang kreativiti kanak-kanak dan untuk menganalisis tahap kefahaman kanak-kanak melalui instrumen yang diuji. Dalam menguji kefahaman subjek kajian, Teori Kod Kognitif yang telah diperkenalkan oleh Chomsky dan Teori Pertumbuhan Kognisi oleh Piaget telah digunakan. Sebanyak lima orang subjek kajian yang terpilih, iaitu terdiri daripada kanak-kanak yang berumur sembilan tahun di kawasan perumahan Seri Serdang, Selangor. Instrumen seperti buku cerita, lagu rakyat dan permainan digunakan dalam kajian ini. Instrumen lagu dan permainan yang menghasilkan penceritaan menunjukkan kanak-kanak pada tahap concrete operational yang mana kanak-kanak berkebolehan berfikir secara kritis dan kreatif dalam teori pertumbuhan kognisi oleh Jean Piaget. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah lapangan dan temu bual. Kajian ini memberi ruang kepada para guru untuk menggalakkan murid-murid berfikir di samping meningkatkan penguasaan kosa kata yang sedia ada, malah pada masa yang sama ini akan meningkatkan daya pemikiran kanak-kanak.


Download File

[img] PDF
Daya kreativiti kanak-kanak.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (225kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2014.04.266
Publisher: Elsevier
Keywords: Creativity; Children; Vocabulary mastery; Brain development; Sing and language games
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 02 Dec 2015 05:57
Last Modified: 02 Dec 2015 05:57
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.1016/j.sbspro.2014.04.266
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/36965
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item