UPM Institutional Repository

Pendekatan keagamaan dan kesejahteraan rohani teras pencegahan HIV/AIDS: perspektif responden HIV/AIDS


Citation

Deuraseh, Nurdeng @ Nurdeen and Ab. Rahman, Amaluddin (2014) Pendekatan keagamaan dan kesejahteraan rohani teras pencegahan HIV/AIDS: perspektif responden HIV/AIDS. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 8. pp. 1-19. ISSN 2289-6325

Abstract

Latar belakang: Penularan HIV dan AIDS di seluruh dunia seperti yang dilaporkan dalam Global Summary of the AIDS Epidemic (UNAIDS, 2006), iaitu “orang yang hidup dengan HIV/AIDS di seluruh dunia berjumlah 39.5 juta, di mana sebanyak 8.6 juta daripada mereka dianggar dari Asia. Di Asia Selatan dan Asia Tenggara, anggaran bilangan orang yang hidup dengan HIV/AIDS adalah sebanyak 7.8 juta”, telah memberi impak besar dalam kehidupan manusia termasuk sistem pendidikan Malaysia selepas kementerian pendidikan Malaysia telah bersetuju pengajaran pendidikan seks dijadikan sebahagian kurikulum pendidikan di peringkat sekolah kebangsaan dan sekolah menengah. Walaupun pelbagai punca penyebaran virus HIV sehingga seseorang berpenyakit AIDS telah dikenalpasti tetapi umumnya masyarakat Melayu Islam mempersepsi bahawa punca utama penyebaran HIV/AIDS adalah daripada amalan seks tidak sihat sama ada homoseksual atau heteroseksual serta juga daripada penagihan dadah yang menggunakan jarum suntikan. Objektif & Metodologi: Objektif utama kajian ialah mendapatkan pendapat dan persepsi responden HIV&AIDS mengenai keagamaan dan kesejahteraan rohani (spirit) bagi menangani penyebaran penyakit HIV/AIDS. Untuk merealisasikan objektif ini, pengkaji telah menggunakan kaedah temu bual. Soalan-soalan yang dibina dalam temu bual adalah berdasarkan objektif utama dan telah diajukan kepada pesakit AIDS atau pembawa HIV di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN). Antaranya ialah Apabila anda telah disahkan sebagai penghidap penyakit AIDS atau pembawa HIV, adakah anda tahu mengenai HIV/AIDS? Apakah punca penyakit yang dialami oleh anda? Seterusnya mereka diminta memberi pendapat dan justifikasi secara bertulis terhadap kenyataan “Saya bersetuju/tidak bersetuju/tidak pasti (sila pilih yang paling sesuai) bahawa agama dan kesejahteraan rohani (spirit) remaja masa kini boleh membantu untuk mencegah remaja tersebut daripada penyakit AIDS atau pembawa HIV. Hasil Kajian: Didapati, langkah-langkah yang dilakukan untuk mencegah HIV/AIDS melalui program yang dilaksan akan ke atas mangsa-mangsa HIV/AIDS seperti mengurangkan bekalan dadah dan penguatkuasaan undang-undang seringkali kurang berkesan. Dalam hal ini, tidak dapat dinafikan pendekatan dan kaunseling keagamaan kepada pesakit AIDS atau pembawa HIV di kalangan orang Islam amat sesuai selaras dengan kepercayaan responden. Ia boleh mencegah daripada penularan HIV/AIDS kepada masyarakat awam dan juga membantu pesakit AIDS dan pembawa HIV dapat menjalankan aktiviti seperti orang lain kerana ada jangka hidup pembawa HIV mungkin akan panjang.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Pendekatan keagamaan dan kesejahteraan rohani teras pencegahan HIV.pdf

Download (189kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Halal Products Research Institute
Publisher: Fakulti Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin
Keywords: Counseling; Prevention; Religion; Spiritual; HIV & AIDS; Islam
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 15 Jun 2015 10:58
Last Modified: 06 Oct 2015 03:08
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/36343
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item