UPM Institutional Repository

Penggunaan vokal alif pada suku kata terbuka akhir perkataan dalam sistem tulisan Jawi


Citation

Mohamad, Ab Halim (2017) Penggunaan vokal alif pada suku kata terbuka akhir perkataan dalam sistem tulisan Jawi. Jurnal AL-ANWAR, 4 (2). pp. 47-59. ISSN 0128-0279

Abstract

Penggunaan vokal alif dalam sistem tulisan Jawi agak bercelaru dan tidak mempunyai peraturan yang tetap. Upamanya dalam ejaan ساي [sa.ya], بوك [bu.ka] dan ترداي [ter.da.ya] didapati bahawa vokal alif digugurkan pada suku kata akhir perkatan. Manakala ejaan بوايا [bua.ya], بودايا [bu.da.ya], لوڤا [lu.pa] dan lain-lain dimasukkan vokal alif pada suku kata akhir perkataan. Kajian ini cuba menganalisis dan menghurai permasalahan pengguaan vokal alif ini pada suku kata akhir perkataan berdasarkan kaedah fonetik. Ia juga bertujuan untuk melihat masalah penggunaan vokal alif ini dalam kalangan pelajar UPM. Kajian ini menggabungkan kaedah teoritikal dan kuantitatif. Dalam kajian teoritikal, pengkaji menerapkan teori fonetik dan fonologi untuk menghurai dan membentuk teori penulisan Jawi yang lebih tersusun. Manakala kaedah kuantitatif pula, pengkaji menggunakan sampel pelajar Jabatan Bahasa Asing (Arab) di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi untuk melihat tahap keupayaan dalam penggunaan vokal Alif pada suku kata akhir dalam penulisan perkataan Jawi. Kajian mendapati bahawa pelajar bermasalah menggunakan vokal alif dalam sistem tulisan Jawi yang ada sekarang. Kajian ini mencadangkan supaya sistem tulisan Jawi perlu dipinda berdasarkan kaedah fonetik dan fonologi bagi memudah proses pembelajaran dan pengajaran Jawi di Malaysia.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Penggunaan vokal alif pada suku kata terbuka akhir perkataan dalam sistem tulisan Jawi.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Middle Eastern Muslim Graduates Association Press
Keywords: Vocal; Jawi spelling; Syllable; Phonetic
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 13 Aug 2018 02:20
Last Modified: 13 Aug 2018 02:20
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35945
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item