UPM Institutional Repository

Amalan beragama dalam kalangan komuniti Penan Bintulu Sarawak


Citation

Mohd Yusoff, Ahmad Nasir (2017) Amalan beragama dalam kalangan komuniti Penan Bintulu Sarawak. Jurnal AL-ANWAR, 1 (3). pp. 1-19. ISSN 0128-0279

Abstract

Kajian ini dilakukan bertujuan menyingkap aspek penerimaan, kefahaman dan penghayatan Islam masyarakat Penan Bahagian Bintulu Sarawak, mengkaji sejauhmana peranan yang dimainkan oleh badan-badan dakwah kerajaan dan NGO Bahagian Bintulu dalam usaha menarik masyarakat pribumi Sarawak kepada Islam. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam memperolehi data dengan menggunakan kaedah perpustakaan dan lapangan. Kaedah tinjauan turut digunakan di lokasi perkampungan masyarakat Penan Bintulu Sarawak termasuk pemerhatian dan temu bual bersama Timbalan Residen Bahagian Bintulu, dan pihak berkaitan dengan urusan perjalanan dakwah dalam organisasi dakwah kerajaan dan NGO. Untuk tujuan ini seramai 304 orang iaitu 170 lelaki (55.9 %) dan 134 perempuan (44.1 %) telah dijadikan responden Hasil kajian mendapati peningkatan peratusan dalam aspek kefahaman terhadap rukun iman, rukun Islam dan amal ibadah lain, begitu juga dengan persepsi masyarakat Penan Bukan Islam terhadap masyarakat Penan yang memeluk Islam (136 responden) dan proses interaksi yang terjalin sesama masyarakat dan penambahbaikan yang perlu, sesuai dengan perkembangan zaman berkaitan aspek penghayatan ajaran Islam serta peranan badan-badan dakwah. Penemuan ini amat bermanfaat kepada agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam urusan keagamaan seperti badan-badan dakwah kerajaan dan badan NGO, penyelidik dan para pendakwah. Diharapkan pada masa hadapan penyelidikan ini akan diteruskan oleh pengkaji lain untuk mengenalpasti masyarakat pribumi lain di bahagian-bahagian lain di Sarawak yang berminat dengan Islam serta kajian berkaitan misi Kristianisasi yang bergerak aktif di kawasan pedalaman bahagian-bahagian Sarawak.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Amalan beragama dalam kalangan komuniti Penan Bintulu Sarawak.pdf

Download (35kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Middle Eastern Muslim Graduates Association Press
Keywords: Practice; Religious; Penan; Bintulu; Sarawak; NGOs
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 13 Aug 2018 02:02
Last Modified: 13 Aug 2018 02:02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35822
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item