UPM Institutional Repository

Penerapan istilah sains pertanian MBIM/MABBIM dalam penterjemahan buku Inggeris-Melayu


Citation

Raja Ariffin, Raja Masittah and Salleh, Che Ibrahim and Mohd Kiram, Norazlina (2012) Penerapan istilah sains pertanian MBIM/MABBIM dalam penterjemahan buku Inggeris-Melayu. Jurnal Linguistik, 15. pp. 1-28. ISSN 1823-9242

Abstract

Proses pembelajaran dan pemindahan ilmu pengetahuan akan menjadi lebih mudah melalui penterjemahan. Dalam proses penterjemahan, penterjemah hendaklah memilih dan menerapkan istilah yang sesuai untuk bahasa sasaran supaya hasil terjemahan berkualiti dan memberi impak kepada pembaca. Kajian ini menggariskan empat objektif iaitu, meninjau sejauh manakah para penterjemah memanfaatkan istilah yang dihasilkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka/MBIM/MABBIM dalam urusan penterjemahan buku-buku daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu dalam bidang sains pertanian; meneliti sejauh manakah para penterjemah memilih dan mengaplikasikan istilah sains pertanian yang betul, tepat dan berkesan dalam kerja-kerja penterjemahan; menjelaskan faktor utama yang membawa kepada berkesannya dan ketidakberkesannya penggunaan istilah sains pertanian dalam kerja-kerja penterjemahan; dan menghuraikan masalah utama yang dihadapi oleh penterjemah berhubung dengan penggunaan dan pemilihan istilah sains pertanian dalam kerja-kerja penterjemahan. Kajian ini merupakan kajian kepustakaan dan responden yang ditemu bual terdiri daripada para penterjemah yang berkaitan. Data-data pula diperoleh daripada enam buah buku dalam bidang Sains Pertanian, iaitu sebanyak 332 istilah. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 227 istilah (68.4%) dimanfaatkan oleh penterjemah, iaitu menunjukkan persamaan; manakala 105 istilah (31.6%) yang digunakan oleh penterjemah didapati berbeza dengan istilah yang dicipta oleh DBP/MBIM/MABBIM. Hal ini disebabkan faktor dalaman dan luaran, iaitu sikap penterjemah itu sendiri dan kekurangan istilah bidang pertanian pada waktu penterjemahan buku-buku tersebut dilakukan.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Penerapan istilah sains pertanian MBIMMABBIM dalam penterjemahan buku Inggeris-Melayu.pdf

Download (37kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://plm.org.my/wrdp1/?page_id=1200

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Persatuan Linguistik Malaysia
Keywords: Translation; Terminologies; Agricultural science books; MABBIM
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 13 Aug 2018 02:02
Last Modified: 13 Aug 2018 02:02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35743
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item