UPM Institutional Repository

Penggunaan lakuan pertuturan dalam mesyuarat


Citation

Juhari, Amir and Zainon Hamzah, Zaitul Azma (2015) Penggunaan lakuan pertuturan dalam mesyuarat. Jurnal Linguistik, 19 (1). pp. 48-57. ISSN 1823-9242

Abstract

Teori Lakuan Pertuturan (TLP) yang akan digunakan dalam kajian ini dipelopori oleh ahli falsafah Austin (1962 dan muridnya Searle (1969). Teori ini membincangkan perkara yang berkaitan perlakuan pertuturan manusia. Menurut teori ini Bahasa yang diujarkan mempunyai lakuan bahasanya sendiri iaitu menumpukan cara menghubungkan makna dengan lakuan pertuturan. Lakuan pertuturan ialah melakukan perbuatan yang dimaksudkan oleh ujaran itu. Kajian ini menggunakan pengkategorian Bach dan Harnish (1979) yang berasaskan prinsip linguistik Austin dan Searle namun dilihat lebih terperinci oleh Van Peursem, Locke dan Harnisch (2001). Mesyuarat merupakan salah satu medium komunikasi untuk membuat keputusan dan menyelesaikan sesuatu masalah atau urusan. Kajian ini bertujuan melihat kekerapan penggunaan lakuan pertuturan dalam mesyuarat yang dikaji. Pengkaji menggunakan kaedah kajian lapangan dengan menggunakan teknik rakaman sebagai cara pengumpulan data terhadap sampel kajian yang meliputi lima sesi mesyuarat. Data rakaman ditranskripsi untuk dianalisis penggunaan lakuan pertuturan yang digunakan dalam mesyuarat. Pengkaji juga menggunakan kekerapan dan peratusan untuk persembahan data Dapatan kajian menunjukkan bahawa wujud pelbagai jenis lakuan pertuturan dalam mesyuarat yang dikaji. Lakuan yang paling banyak digunakan ialah lakuan arahan dan pengumuman. Kesimpulannya semua kategori lakuan pertuturan yang dikemukakan oleh Bach dan Harnish telah digunakan dalam mesyuarat yang dikaji. Lakuan pertuturan digunakan dengan pelbagai strategi untuk memenuhi matlamat penutur.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Penggunaan lakuan pertuturan dalam mesyuarat.pdf

Download (34kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://jurnal.plm.org.my/?page_id=125

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Persatuan Linguistik Malaysia
Keywords: Speech act; Meeting; Categorization; Speech Act theory
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 13 Aug 2018 02:02
Last Modified: 13 Aug 2018 02:02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35692
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item