UPM Institutional Repository

Pentafsiran makna dalam ujaran saling memahami


Citation

Saimon, Aminnudin and Zainon Hamzah, Zaitul Azma (2016) Pentafsiran makna dalam ujaran saling memahami. Jurnal Linguistik, 20 (2). pp. 33-41. ISSN 1823-9242

Abstract

Ujaran merupakan satu bentuk bahasa baik kata, perkataan, frasa, ayat atau jujukan ayat oleh seseorang penutur semasa sesuatu peristiwa. Hal ini juga terpancar dalam ujaran-ujaran saling memahami yang terdapatdalam filem Melayu sesuai dengan konteks budaya. Disebabkan kajian ujaran saling memahami menggunakan filem belum banyak dijalankan, justeru kajian ini adalah untuk mengenal pasti maklumat linguistik dalam ujaran saling memahami dalam filem Melayu terpilih. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kepustakaan dan dokumen.Data kajian terdiri daripada ujaran-ujaran dalam filem Melayu terpilih. Sebanyak tiga buah filem dipilih, iaitu filem ‘Lancang Kuning’, ‘Semerah Padi’ dan ‘Munafik’ dijadikan bahan kajian.Pemilihan data filem ini adalah menggunakan teknik persampelan bertujuan. Hasil kajian akan dipersembahkan dalam bentuk kualitatif. Hasil penyelidikan mendapati bahawa ujaran ekplikatur dan implikatur dapat difahami oleh pendengar. Hal ini disebabkan oleh faktor konteks dan kesan kognitif yang melatari sesuatu komunikasi yang membantu pendengar memahami makna ujaran. Hubungan resiprokal saling memahami dipengaruhi oleh maklumat linguistik dan usaha memproses maklumat tersebut.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Pentafsiran makna dalam ujaran saling memahami.pdf

Download (48kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://jurnal.plm.org.my/?page_id=190

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Persatuan Linguistik Malaysia
Keywords: Speech understanding; Malay film; Relevance theory; Pragmatics
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 13 Aug 2018 02:02
Last Modified: 13 Aug 2018 02:02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35648
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item