Simple Search:

Penyeragaman sistem ejaan Jawi di negara ASEAN


Citation

Abdul Aziz, Adi Yasran and Wan Sulong, Wan Muhammad and Mohamed Khamis, Hirman and Alias, Norhafiza (2016) Penyeragaman sistem ejaan Jawi di negara ASEAN. Jurnal Linguistik, 20 (2). pp. 26-32. ISSN 1823-9242

Abstract / Synopsis

Dalam kalangan negara ASEAN, Brunei merupakan satu-satunya negara yang masih mempertahankan tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi di samping tulisan Rumi. Walaupun di negara ASEAN yang lain tulisan Jawi bukan tulisan rasmi, namun tulisan ini masih digunakan terutama di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Kemboja dan Filipina. Namun begitu, perkembangan sistem ejaan baharu hanya dapat dikesan di Malaysia, Brunei dan Singapura yang berpandukan buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi (DKBM) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Di negara lain, kebanyakannya masih menggunakan sistem ejaan Jawi lama seperti yang terdapat dalam kitab agama di pondok pengajian Islam di sana. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membandingkan dan menyeragamkan ejaan Jawi lama dan baharu untuk dicadangkan kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka di Malaysia supaya dapat diterima dan digunakan di seluruh negara ASEAN. Bagi mencapai tujuan tersebut, tiga buah kitab bercetak yang masyhur di Alam Melayu telah dipilih untuk dibandingkan dengan ejaan Jawi baharu DKBM. Kitab tersebut ialah Munyat al-Mushalli karangan Syeikh Daud al-Fatani, Hidayat al-Salikin karangan Syeikh Abdul Samad al-Falimbani dan Sabil al-Muhtadin karangan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari. Hasil kajian mendapati bahawa ketiga-tiga kitab ini sudah pun menggunakan sistem ejaan yang menyamai sistem ejaan Jawi baharu. Hal ini menunjukkan bahawa usaha penyeragaman sistem ejaan Jawi di negara ASEAN boleh dilakukan.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Penyeragaman sistem ejaan Jawi di negara ASEAN.pdf

Download (35kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Persatuan Linguistik Malaysia
Keywords: Writing; Spelling; Jawi; Malay; ASEAN
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 13 Aug 2018 10:02
Last Modified: 13 Aug 2018 10:02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35646
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item