UPM Institutional Repository

Manga dan dojinshi Malaysia: persamaan dan perbezaan ciri-ciri luaran karikatur


Citation

Mamat, Roslina and Mansor, Nor Shahila and Abdul Halim, Hazlina and Abd Rahim, Normaliza (2015) Manga dan dojinshi Malaysia: persamaan dan perbezaan ciri-ciri luaran karikatur. Jurnal Komunikasi, 31 (2). pp. 477-492. ISSN 2289-151X; ESSN: 2289-1528

Abstract

Artikel ini cuba mencari perbezaan dan persamaan ciri luaran karikatur manga dan dojinshi di Malaysia. Dalam kajian ini, manga adalah komik Jepun sama ada ditulis dalam bahasa Jepun atau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu atau Inggeris, manakala dojinshi adalah komik yang ditulis dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris oleh peminat manga di Malaysia tanpa mengira bangsa. Sebanyak 35 buah dojinshi dan 20 buah manga dikaji aspek luarannya seperti pakaian, latar belakang gambar, bentuk muka, saiz mata, fesyen rambut serta ciri-ciri fizikal karikatur. Dalam kajian ini, hipotesis penulis adalah terdapat perbezaan dari segi latar belakang lakaran dan pakaian karikatur dalam dojinshi manakala dari segi aspek fizikal pula karikatur dalam dojinshi menyerupai karikatur dalam manga. Hal ini kerana penulis dojinshi sangat menggemari manga dan keterujaan tersebut turut mempengaruhi lakaran manga. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dan kaedah yang digunakan ialah kaedah pemerhatian dan analisis terhadap korpus terpilih. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat persamaan dan perbezaan dalam karakter luaran dojinshi dan manga. Selain itu terdapat juga penulis dojinshi ini yang menerapkan budaya Melayu atau secara amnya budaya Malaysia dalam penceritaan dan karakter luaran komik dojinshi. Imej luaran karya dalam dojinshi menerima sepenuhnya pengaruh manga seperti mata yang besar, hidung yang tirus dan mulut yang kecil, selain pakaian yang seksi serta emosi berlebihan yang digarapkan seperti air mata yang berguguran keluar dan pipi kemerahan. Antara imej luaran daripada ciri Malaysia pula adalah watak lelaki Melayu yang berjambang, hidung kemek dan berkulit gelap, selain tudung dan pakaian yang menutup aurat. Oleh itu sebagai rumusan ringkas, penulis dojinshi terbahagi kepada 3 golongan iaitu penulis yang menerapkan sepenuhnya imej luaran karakter manga dalam dojinshi, penulis yang mencampurkan imej Malaysia dan manga dalam karakter dojinshi dan penulis yang menggunakan sepenuhnya imej Malaysia dalam dojinshi.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Manga dan dojinshi Malaysia persamaan dan perbezaan ciri-ciri luaran karikatur.pdf

Download (37kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: School of Media and Communication Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Manga; Dojinshi; Caricatures; Popular culture; Japanese
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 11 Oct 2016 02:52
Last Modified: 11 Oct 2016 02:52
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35159
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item