UPM Institutional Repository

Penggunaan gaya bahasa sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah


Citation

Othman , Shamsudin and Lateh, Ghazali and Ab. Hadi, Nurul Faidzah (2014) Penggunaan gaya bahasa sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4 (1). pp. 59-64. ISSN 2180-4842

Abstract

Penggunaan bahan sastera terkandung di dalam kurikulum pendidikan Bahasa Melayu. Justeru, kajian tentang penggunaan gaya bahasa sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu di Selangor khususnya zon Puchong dalam peringkat sekolah menengah ini dijalankan bagi tujuan untuk mengkaji persepsi guru terhadap penggunaan gaya bahasa sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu dan melihat sejauh mana keupayaan penggunaan gaya bahasa sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kajian ini seterusnya turut mengkaji dan mengenal pasti masalah pelaksanaan penggunaan gaya bahasa sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kajian ini telah dilaksanakan kepada 118 orang guru peringkat menengah yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di Zon Puchong, Selangor. Data dikumpulkan daripada soal selidik yang diedarkan kepada semua guru Bahasa Melayu sekolah menengah. Data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Statistik deskriptif telah dilakukan untuk memperoleh peratus, min dan sisihan piawai. Selain itu, data juga dipersembahkan dalam bentuk jadual dan carta. Hasil kajian mendapati sebilangan besar responden menunjukkan persepsi yang positif tentang penggunaan gaya bahasa sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu khususnya daripada aspek keindahan sastera yang merujuk kepada bentuk perulangan dan perbandingan. Kebanyakan responden juga didapati berjaya mengaplikasi gaya bahasa sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu. Namun demikian masih terdapat sebilangan kecil responden mengalami kesukaran mengaplikasi gaya bahasa sastera dalam pengajarannya.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Literary style; Teaching; Learning; Malay Language
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 23 Dec 2015 04:29
Last Modified: 23 Dec 2015 04:29
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34854
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item