UPM Institutional Repository

Keperluan dan penerimaan remaja terhadap akhbar


Citation

Ahmad Ghazali, Akmar Hayati and Omar, Siti Zobidah and Bolong, Jusang and Osman, Mohd Nizam (2012) Keperluan dan penerimaan remaja terhadap akhbar. Jurnal Teknologi (Social Science), 58. pp. 119-126. ISSN 0127–9696; ESSN: 2180–3722

Abstract

Membaca pelbagai jenis maklumat di dalam akhbar membantu untuk membentuk dan membina minda remaja. Walaupun akhbar mempunyai pelbagai kandungan, ia semakin kurang menarik minat remaja untuk menerimanya sebagai salah satu bentuk bahan bacaan mereka. Dengan itu, objektif kajian ini adalah mengenal pasti jenis-jenis berita yang menjadi pilihan remaja; dan untuk mengetahui hubungan antara faktor keperluan dengan penerimaan akhbar oleh remaja. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan 387 responden yang berumur antara16 tahun hingga 17 tahun dari sekolah menengah kebangsaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 15.0. Kedua-dua jenis statistik yang digunakan ialah statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif telah digunakan untuk mengenal pasti nilai-nilai peratusan, min, purata, dan sisihan piawai. Statistik inferensi telah digunakan untuk menerangkan hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji. Hasil kajian mendapati bahawa jenis berita yang menjadi pilihan remaja adalah berita hiburan. Hasil ujian Korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara keperluan dan penerimaan. Dengan merujuk kepada hasil kajian, dicadangkan faktor-faktor keperluan remaja perlu dikekalkan dalam setiap kandungan akhbar. Oleh itu, institusi akhbar dicadangkan menerbitkan lebih banyak bahan-bahan pendidikan dan bermaklumat untuk meningkatkan pemahaman remaja terhadap sesuatu berita.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Keperluan dan penerimaan remaja terhadap akhbar.pdf

Download (34kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Institute for Social Science Studies
Publisher: Penerbit UTM Press
Keywords: Newspapers; Needs; Teenagers; News; Teenagers' acceptance towards newspaper
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 19 Sep 2016 09:47
Last Modified: 19 Sep 2016 09:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34721
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item