UPM Institutional Repository

Lakuan pernyataan dalam wacana wawancara


Citation

Saad, Haslinda and Musanif, Ahmad Mahmood (2014) Lakuan pernyataan dalam wacana wawancara. Pertanika MAHAWANGSA, 1 (1). pp. 101-119. ISSN 2289-7259

Abstract

Dalam analisis ini, wacana wawancara dikaji dari sudut lakuan pertuturan. Lakuan pertuturan merupakan satu kerangka yang memperlihatkan penggunaan bahasa yang mempersembahkan lakuan. Wawancara sebagai satu peristiwa bahasa yang memaparkan tanya jawab antara pemeran, nampak sangat mudah tetapi sarat dengan lakuan pertuturan. Sesuatu peristiwa bahasa dicirikan oleh sekurang-kurangnya satu lakuan pertuturan. Justeru, kajian ini bertujuan memaparkan dan menjelaskan salah satu jenis lakuan pertuturan yang terdapat dalam peristiwa bahasa wawancara iaitu lakuan pernyataan. Kajian ini menggunakan data daripada teks wawancara yang dipilih berdasarkan kerelevanannya dalam objektif kajian. Wawancara dipilih secara rawak daripada sembilan buah majalah terbitan Kumpulan Karangkraf, iaitu penerbit majalah terbesar di Malaysia. Aspek lakuan pertuturan dirincikan mengikut kerangka Asmah (1997) dengan mengambil kira teori lakuan pertuturan yang dibangunkan oleh pengkaji terdahulu. Lakuan pernyataan didapati sangat menonjol dalam wawancara. Melaluinya, audiens (pembaca atau pendengar) mendapat sebanyak mungkin maklumat dan penjelasan daripada orang yang diwawancara (ODW). Hasil kajian menunjukkan terdapat enam subkategori dalam lakuan pernyataan, iaitu pernyataan biasa, pernyataan retorik, pengakuan, pengesahan, penolakan dan penerimaan. Selain daripada memperoleh maklumat dan penjelasan, kita dapat mengenal pasti emosi dan perasaan orang yang diwawancara (ODW) dengan jelas melalui subkategori lakuan pernyataan yang dipersembahkan.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Lakuan pernyataan dalam wacana wawancara.pdf

Download (33kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Interview discourse; Interview language event; Speech act; Declarative act; Speech act theory
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 15 Sep 2016 04:21
Last Modified: 15 Sep 2016 04:21
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34346
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item