UPM Institutional Repository

Kesejahteraan kewangan pekerja sektor awam di Malaysia: kes pekerja keluarga dwi-pendapatan


Citation

Ramli, Zaimah and Masud, Jariah and Haron, Sharifah Azizah and Othman, Mumtazah and Md Sum, Sarmila and Awang, Abd Hair (2014) Kesejahteraan kewangan pekerja sektor awam di Malaysia: kes pekerja keluarga dwi-pendapatan. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 10 (3). pp. 125-133. ISSN 2180-2491

Abstract

Artikel ini bertujuan mengenal pasti tahap kesejahteraan kewangan pekerja yang berkahwin dalam sektor awam di Malaysia. Sampel kajian terdiri daripada pekerja dalam sektor awam yang telah berkahwin dengan tumpuan khas kepada pekerja dalam keluarga dwi-pendapatan. Unit analisis adalah individu, sama ada suami atau isteri. Sejumlah 415 responden dilibatkan dalam kajian ini. Kesejahteraan kewangan diukur menggunakan skala Malaysian Financial Well-Being Scale (MFWBS). Tahap kesejahteraan kewangan dikategorikan kepada tiga tahap, iaitu tahap rendah, tahap sederhana dan tahap tinggi. Hasil kajian menunjukkan 40 peratus responden adalah dalam kategori kesejahteraan kewangan tinggi, 49 peratus dalam kategori kesejahteraan kewangan sederhana dan 11 peratus dalam kategori kesejahteraan kewangan rendah. Secara keseluruhannya, kajian merumuskan bahawa tahap kesejahteraan kewangan pekerja berkahwin dalam keluarga dwi-pendapatan adalah pada tahap sederhana.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Kesejahteraan kewangan pekerja sektor awam di Malaysia kes pekerja keluarga dwi-pendapatan.pdf

Download (34kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Institute of Gerontology
Publisher: School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Dual-income families; Financial behaviour; Financial well-being; Married workers; Monthly income; Public sector
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 15 Sep 2016 04:12
Last Modified: 15 Sep 2016 04:12
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34317
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item