UPM Institutional Repository

Kepimpinan dalam novel Komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS)


Citation

Nik Muhamad Affendi, Nik Rafidah (2013) Kepimpinan dalam novel Komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS). Pendeta, 4. pp. 96-115. ISSN 1823-6812

Abstract

Novel Komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS) mula diperkenalkan pada tahun 2000. Ini bermakna, pelajar dari tingkatan satu sehingga tingkatan lima wajib mempelajari novel sama ada aliran sains mahupun sastera. Dalam kajian ini beberapa buah novel menjadi pilihan. Pelbagai elemen positif cuba diterapkan dalam novel-novel tersebut, antaranya tentang kepimpinan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dalam novel-novel kajian ada elemen kepimpinan yang bermula daripada peringkat yang paling asas sehinggalah kepada peringkat tertinggi seperti kepimpinan dalam keluarga, kepimpinan remaja, kepimpinan guru dan seterusnya kepimpinan kampung dan daerah. Kepimpinan tersebut penting kepada golongan pelajar yang bakal mewarisi kepimpinan negara. Mereka harus mengerti bahawa setiap kepimpinan daripada peringkat bawah sehingga ke peringkat atas mempunyai fungsi dan peranan masing-masing dan penting dalam pembentukan negara yang harmoni.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Kepimpinan dalam novel Komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS).pdf

Download (36kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris
Keywords: Thought; Leadership; Novels; Literature component
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 15 Sep 2016 04:12
Last Modified: 15 Sep 2016 04:12
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34314
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item