Simple Search:

Keperluan pembaca remaja terhadap kandungan akhbar


Citation

Ahmad Ghazali, Akmar Hayati and Omar, Siti Zobidah (2014) Keperluan pembaca remaja terhadap kandungan akhbar. Jurnal Komunikasi, 30 (spec.). pp. 17-28. ISSN 2289-151X; ESSN: 2289-1528

Abstract / Synopsis

Akhbar menyediakan pelbagai maklumat yang dapat memperkayakan pengetahuan individu jika membacanya. Tren pembacaan akhbar khususnya remaja suatu ketika dahulu sangat memberangsangkan tetapi kini mula menampakkan penurunan. Pada tahun 2008, peratusan remaja yang membaca akhbar adalah sebanyak 54% tetapi menurun kepada 38% pada tahun 2011 dan 32% pada 2013. Berpandukan kepada statistik tersebut jelas menunjukkan bahawa remaja kini semakin kurang membaca. Tren menunjukkkan wujudnya jurang penerimaan akhbar yang ketara dalam kalangan golongan remaja. Penerimaan remaja terhadap akhbar ini menurun berasaskan kepada kandungan akhbar dikatakan kurang memenuhi keperluan mereka. Justeru, keperluan pembaca remaja terhadap akhbar perlu dikaji oleh organisasi media memandangkan ia adalah asas kepada penyediaan maklumat umum kepada pembaca khususnya remaja dan juga menentukan masa hadapan penerbitan akhbar itu sendiri. Berdasarkan kepada teori Kegunaan dan Pemuasan yang telah diutarakan oleh Katz, Haas dan Gurevitch (1973), kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti faktor-faktor keperluan remaja terhadap akhbar. Seramai 387 orang remaja berumur antara 16 hingga 17 tahun, terdiri daripada murid-murid pelbagai kaum di 10 buah sekolah menengah kebangsaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dipilih sebagai responden kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor yang menarik minat remaja membaca akhbar adalah faktor keperluan eskapisme dan kognitif berbanding perasaan, peribadi dan sosial. Ini adalah kerana akhbar kerap menerbitkan kandungan yang mengandungi elemen keperluan eskapisme iaitu artikel yang dapat melepaskan tekanan perasaan dan mengubati kesunyian. Adalah menjadi harapan agar hasil kajian ini dapat dijadikan rujukan oleh institusi akhbar dalam menerbitkan lebih banyak kandungan yang seimbang dari aspek kognitif, perasaan, peribadi, sosial dan eskapisme.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Keperluan pembaca remaja terhadap kandungan akhbar.pdf

Download (35kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: School of Media and Communication Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Acceptance; Needs; News; Newspapers; Teenagers
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 15 Sep 2016 04:12
Last Modified: 15 Sep 2016 04:12
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34313
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item