UPM Institutional Repository

Kepelbagaian terjemahan preposisi Arab dan fungsinya dalam bahasa Melayu


Citation

Mohd Sa'ad, Muhammad Luqman Ibnul Hakim and Hajimaming, Pabiyah and Zainon Hamzah, Zaitul Azma (2014) Kepelbagaian terjemahan preposisi Arab dan fungsinya dalam bahasa Melayu. Jurnal Linguistik, 18 (2). pp. 67-78. ISSN 1823-9242

Abstract

Preposisi Arab memainkan peranan yang sangat penting dalam frasa ayat. Kemunculannya dalam ayat boleh mempengaruhi makna, struktur dan aspek fungsian tatabahasa. Kajian kualitatif ini mengemukakan kepelbagaian fungsi preposisi Arab dalam bahasa Melayu, di samping mengenal pasti pola kehadirannya yang boleh membentuk unsur-unsur tertentu seperti frasa idiomatik. Berdasarkan kepada penelitian yang dijalankan, preposisi Arab menyumbang kepada makna yang pelbagai dalam sesuatu ayat. Justeru, terjemahan preposisi Arab yang dinamis akan memberi kesan yang menarik terhadap struktur semantik dan korelasi gabungan leksikal/ kolokasi dalam teks. Dapatan kajian menunjukkan bahawa preposisi Arab dan Melayu mempunyai pelbagai fungsi, dan tidak boleh diterjemahkan secara leksikal, sebaliknya perlu melihat kepada struktur ayat, dan aspek semantik dalam konteks yang sesuai. Secara kesimpulannya, tidak semua preposisi Arab boleh diterjemahkan secara literal kecuali dalam keadaan tertentu. Adapun pengguguran maknanya dibolehkan selagi tidak menjejaskan mesej teks asal. Pemahaman mengenai makna dan fungsi preposisi Arab perlu diberi perhatian sebelum proses penterjemahan dilakukan. Kajian ini menemui beberapa perkara yang boleh digunakan sebagai panduan oleh penterjemah untuk menterjemah preposisi Arab ke dalam bahasa Melayu.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Kepelbagaian terjemahan preposisi Arab dan fungsinya dalam bahasa Melayu.pdf

Download (35kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://jurnal.plm.org.my/?page_id=115

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Persatuan Linguistik Malaysia
Keywords: Function; Arabic prepositions; Malay prepositions; Translation; Collocation; Lexical
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 15 Sep 2016 04:12
Last Modified: 15 Sep 2016 04:12
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34312
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item