UPM Institutional Repository

Cerita rakyat Melayu: suatu analisis pancaran jati diri masyarakat Melayu sebagai cerminan kebudayaan Melayu


Citation

Ismail, Mohd Fahmi and Noor Muhammad, Salmah Jan and Yusop, Mohd Sharifudin (2015) Cerita rakyat Melayu: suatu analisis pancaran jati diri masyarakat Melayu sebagai cerminan kebudayaan Melayu. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 3. pp. 91-100. ISSN 2289-7208; ESSN: 2289-9294

Abstract

Sejak zaman dahulu kala lagi, cerita rakyat Melayu merupakan salah satu genre sastera yang popular dan diminati oleh segenap lapisan masyarakat. Kini, cerita rakyat Melayu kian luntur dalam kalangan masyarakat Melayu kerana adanya pengaruh teknologi moden. Namun begitu, menyedari akan betapa pentingnya cerita rakyat Melayu ini kepada masyarakat Melayu, maka kajian ini dilakukan untuk mengembalikan semula nilai jati diri yang selama ini menjadi tunjang kepada ketamadunan unggul dalam kalangan masyarakat Melayu. Lantaran itu, dapat dilihat bahawa setiap cerita rakyat Melayu yang disampaikan itu banyak memberi pedoman yang berguna kepada masyarakat Melayu. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan mengenal pasti dan membincangkan nilai jati diri yang terkandung didalam cerita rakyat Melayu. Seterusnya, kajian ini juga akan menggunakan landasan teori ekologi budaya atau adaptasi alam untuk memantapkan lagi analisis perbincangan. Dalam konteks ini, maka jelaslah membuktikan bahawa terdapat cerita rakyat dapat membina semangat jati diri yang unggul dan mantap dalam kalangan masyarakat Melayu hingga ke hari ini.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Cerita rakyat Melayu suatu analisis pancaran jati diri masyarakat Melayu sebagai cerminan kebudayaan Melayu.pdf

Download (35kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Universiti Malaysia Pahang
Keywords: Malay community; Malay folklore; Values and identity
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 15 Sep 2016 07:20
Last Modified: 15 Sep 2016 07:20
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34270
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item