UPM Institutional Repository

Pengaruh elemen cerita binatang berbentuk digital ke atas ujaran kanak-kanak sindrom Asperger


Citation

Rosly, Nurfarhana Shahira and Abd Rahim, Normaliza and Abdul Halim, Hazlina (2015) Pengaruh elemen cerita binatang berbentuk digital ke atas ujaran kanak-kanak sindrom Asperger. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 2. pp. 75-85. ISSN 2289-7208; ESSN: 2289-9294

Abstract

Sindrom Asperger merupakan sindrom yang memperlihatkan kecelaruan dan kesukaran dalam diri seseorang individu dari segi interaksi sosial dan komunikasi. Interaksi ujaran kanak-kanak sindrom ini dapat dikembangkan menerusi pendekatan berbentuk penceritaan dan pendigitalan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti jenis binatang dalam cerita Sang Singa dan Sang Tikus yang merangsang interaksi ujaran kanak-kanak sindrom Asperger serta menganalisis perkaitan Theory of Mind (ToM) dan Teori Analisis Wacana terhadap refleksi ujaran kanak-kanak sindrom Asperger. Dua orang kanak-kanak sindrom Asperger dari Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (2) yang berumur sembilan dan dua belas tahun dipilih sebagai subjek kajian. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah temu bual, rakaman dan pemerhatian. Hasil kajian ini memperlihatkan bahawa terdapat jenis binatang dalam cerita Sang Singa dan Sang Tikus yang berjaya merangsang ujaran kanak-kanak sindrom Asperger serta berlaku juga perkaitan antara ToM dengan Teori Analisis Wacana terhadap mental dan penghasilan ujaran kanak-kanak tersebut. Kajian ini diharapkan dapat menjadi pemangkin ke arah penciptaan pendekatan dengan penerapan elemen penceritaan dan pendigitalan terhadap perkembangan interaksi dan komunikasi sosial kanak-kanak sindrom Asperger.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Pengaruh elemen cerita binatang berbentuk digital ke atas ujaran kanak-kanak sindrom Asperger.pdf

Download (36kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://ijleal.ump.edu.my/index.php/services

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Universiti Malaysia Pahang
Keywords: Asperger's syndrome; Digital story; Utterences
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 15 Sep 2016 07:20
Last Modified: 15 Sep 2016 07:20
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34248
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item