Simple Search:

Interaksi kumpulan kecil pelajar Korea dalam pembelajaran bahasa Melayu: satu analisis wacana


Citation

Abd Rahim, Normaliza and Sujud, Arba'ie and Abdul Halim, Hazlina and Mamat, Roslina (2014) Interaksi kumpulan kecil pelajar Korea dalam pembelajaran bahasa Melayu: satu analisis wacana. Journal of Business and Social Development, 2 (2). pp. 91-99. ISSN 2289-2915

Abstract / Synopsis

Kajian ini memberi fokus kepada interaksi kumpulan kecil pelajar Korea yang mempelajari bahasa Melayu di Hankuk University of Foreign Studies, Korea. Lapan belas pelajar lelaki dan perempuan Korea berumur dari 22 hingga 27 tahun terlibat dalam kajian ini. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis perbualan pelajar serta menanggapi bahasa dalam sesi perbincangan dalam kelas. Kajian ini mengambil masa selama tiga minggu dan pelajar diberi dua sajak untuk dibincangkan. Keputusan kajian mendapati bahawa dalam interaksi kumpulan kecil ini, pelajar mengutarakan persoalan, membuat rundingan serta memberi jawapan ringkas bersama rakan sekumpulan. Pelajar juga kelihatan mempunyai keyakinan dalam perbincangan berkumpulan. Selain itu, pelajar diberi ruang untuk berinteraksi dengan cara yang positif dalam kalangan ahli kumpulan kecil dan menggunakan bahasa Melayu sebagai sistem komunikasi antara mereka. Adalah diharapkan supaya kajian yang sedang dijalankan dapat memberi impak yang positif terhadap pelajar yang mempelajari bahasa ketiga dan keempat dalam pembelajaran kesusasteraan Melayu.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Interaksi kumpulan kecil pelajar Korea dalam pembelajaran bahasa Melayu satu analisis wacana.pdf

Download (35kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu
Keywords: Small group interaction; Korean students; Discourse analysis
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 15 Sep 2016 04:40
Last Modified: 15 Sep 2016 04:40
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34231
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item