UPM Institutional Repository

Pengetahuan, persepsi dan pemahaman terhadap penghayatan patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan pelatih program latihan khidmat negara di Malaysia


Citation

Razak, Mohd Hairul Anuar (2011) Pengetahuan, persepsi dan pemahaman terhadap penghayatan patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan pelatih program latihan khidmat negara di Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Patriotisme ialah satu perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air demi kepentingan bangsa dan negara. Patriotisme memerlukan komitmen semua golongan rakyat dengan mempertahankan asas pembinaan dan kedaulatan negara. Nasionalisme merupakan satu semangat mendalam dan memberi keutamaan kepada bangsa dan negara sendiri yang iaitu semangat kebangsaan yang mengutamakan kepentingan bangsa dan tanah air sendiri. Oleh itu, penekanan patriotisme dan nasionalisme khususnya kepada remaja merupakan salah satu aspek yang dinilai bagi memastikan semangat atau perasaan seperti ini wujud berterusan dalam diri remaja. Sebagai sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk (heterogeneous) seperti Malaysia, masalah utama yang dihadapi ialah untuk menilai tahap patriotisme dan nasionalisme serta membentuk ikatan yang kuat antara kepelbagaian kumpulan etnik yang wujud khususnya dalam konteks untuk merealisasikan cita-cita negara iaitu pembinaan negara bangsa. Hasrat negara untuk membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu masih menjadi persoalan utama dan hangat diperdebatkan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, persepsi dan pemahaman golongan remaja dalam konteks kesedaran dan penghayatan kepada semangat patriotisme dan nasionalisme khususnya melalui Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Responden kajian adalah seramai 1010 orang remaja yang berumur 17 tahun hingga 21 tahun terdiri daripada pelatih PLKN yang dipilih secara rawak seluruh Malaysia. Responden terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India serta mempunyai latar belakang yang berlainan. Pemilihan responden adalah berdasarkan pensampelan rawak mudah berkelompok iaitu lokasi pemilihan adalah secara rawak daripada setiap kawasan mengikut zon. Bagi mendapatkan sampel yang menyeluruh, maka kajian ini telah dibahagikan kepada beberapa zon utama. Zon yang dipilih mewakili negeri di Selatan, Utara, Tengah, Timur dan Malaysia Timur. Namun begitu, dalam kajian ini telah ditetapkan saiz sampel adalah sebanyak 1010 orang responden kerana pemilihan responden adalah secara berkelompok mengikut zon. Manakala, bagi pembahagian responden setiap zon boleh merujuk kepada saiz sampel Krejcie dan Morgan (1960) iaitu setiap zon jumlah populasinya yang berjumlah 250 maka jumlah sampel adalah sebanyak 190. Namun, pengkaji telah memilih sebanyak 202 bagi setiap zon. Hasil kajian tertumpu kepada tiga aspek utama iaitu pengetahuan, persepsi dan pemahaman. Analisis utama adalah untuk menentukan tahap pengetahuan, persepsi dan pemahaman sama ada pada tahap tinggi, sederhana atau rendah. Tahap yang diukur adalah merupakan tentang perkara- perkara asas sahaja. Oleh itu, pengukuran terhadap tahap pengetahuan, persepsi dan pemahaman dilakukan secara objektif kerana persoalan mengenai tahap pengetahuan, persepsi dan pemahaman adalah berlandaskan kepada perkara asas dan senang difahami oleh responden serta persoalan yang diedarkan adalah secara objektif. Oleh itu, jawapan yang telah disediakan adalah dalam bentuk berskala dan boleh diukur mengikut objektif soalan. Kajian ini juga menggunakan ujian T-Test bagi menguji perbezaan min jantina dan analisis ujian One Way ANOVA bagi mengukur perbezaan perbandingan mengikut bangsa. Dapatan kajian menunjukkan, majoriti daripada responden mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap patriotisme dan nasionalisme (84.5%), manakala persepsi yang tinggi terhadap patriotisme dan nasionalisme (93.7%) serta pemahaman yang tinggi terhadap patriotisme dan nasionalisme (83.9%). Kajian juga mendapati wujud perbezaan pengetahuan, persepsi dan pemahaman bagi setiap bangsa Melayu, Cina, India dan Bumiputera Sabah dan Sarawak terhadap penghayatan patriotisme dan nasionalisme. Kajian juga mendapati tidak wujud perbezaan antara jantina iaitu lelaki dan perempuan terhadap penghayatan patriotisme dan nasionalisme.


Download File

[img]
Preview
PDF
FEM 2011 20 IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Patriotism
Subject: Nationalism
Subject: National service
Call Number: FEM 2011 20
Chairman Supervisor: Prof. Madya Nobaya Ahmad, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Hasimah Adam
Date Deposited: 12 Mar 2015 02:15
Last Modified: 12 Mar 2015 02:15
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/33714
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item