Simple Search:

Hubungan antara orientasi kerjaya protean, kesepadanan individu-pekerjaan dan mentoran dengan adaptasi kerjaya dalam kalangan guru novis


Citation

Aznon, Nor Emy (2012) Hubungan antara orientasi kerjaya protean, kesepadanan individu-pekerjaan dan mentoran dengan adaptasi kerjaya dalam kalangan guru novis. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Guru novis mengalami proses transisi kerjaya yang sukar. Pada awal kerjaya mereka diharapkan dapat menunjukkan kompetensi dalam aspek pekerjaan. Walau bagaimanapun, kegagalan guru novis terlatih dalam menghadapi cabaran semasa proses transisi dan adaptasi dengan tugas baru boleh menjejaskan profesionalisme mereka. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti peranan faktor individu seperti orientasi kerjaya protean dan persepsi kesepadanan individu-pekerjaan terhadap adaptasi kerjaya guru novis. Peranan faktor organisasi iaitu mentoran turut dikaji. Kajian ini turut bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan pada setiap pemboleh ubah tersebut berdasarkan faktor kelulusan ikhtisas, tempoh perkhidmatan dan jenis sekolah guru novis sedang berkhidmat. Kajian tinjauan ini melibatkan 192 orang guru novis yang dipilih melalui persampelan rawak mudah yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Pontian, Johor bagi tahun 2008, 2009 dan 2010. Borang soalselidik digunakan sebagai instrumen semasa pengumpulan data. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan program SPSS versi 17. Dapatan kajian menunjukkan guru novis mempunyai persepsi kesepadanan individupekerjaan pada tahap paling tinggi manakala persepsi mereka terhadap orientasi kerjaya protean berada tahap paling rendah. Analisis MANOVA menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara orientasi kerjaya protean, kesepadanan individu-pekerjaan, mentoran dan adaptasi kerjaya guru novis berdasarkan kelulusan ikhtisas dan jenis sekolah guru novis sedang berkhidmat. Hasil analisis korelasi pula menunjukkan wujudnya hubungan yang positif dan signifikan antara orientasi kerjaya protean, kesepadanan individu-pekerjaan dan mentoran dengan adaptasi kerjaya guru novis. Dapatan analisis regresi pelbagai ‘Stepwise’ menunjukkan sumbangan mentoran sebanyak 19.9% terhadap varians dalam adaptasi kerjaya guru novis. Kombinasi mentoran dan kesepadanan individu-pekerjaan menambah sebanyak 11.1% kepada varians dalam adaptasi kerjaya. Orientasi kerjaya protean kurang menyumbang kepada perubahan dalam adaptasi kerjaya guru novis kerana kombinasi ketiga-tiga pemboleh ubah peramal hanya menambah sebanyak 3.7% kepada varians dalam adaptasi kerjaya guru novis. Kajian ini menyarankan agar guru novis perlu menyerlahkan potensi kendiri dan peka terhadap persekitaran kerjanya. Perubahan yang signifikan dalam kehidupan pelajar, sekolah dan khususnya untuk perkembangan kerjaya guru novis boleh berlaku dalam keadaan yang lebih singkat jika mereka berkebolehan untuk beradaptasi dan fleksibel terhadap tuntutan profesion keguruan.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2012 44R.pdf

Download (995kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Teachers - Vocational guidance - Malaysia
Subject: Teachers - Training of - Malaysia
Subject: Teachers - Job descriptions - Malaysia
Call Number: FPP 2012 44
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 09 Nov 2017 07:54
Last Modified: 09 Nov 2017 07:54
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/33101
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item