Simple Search:

UPM Tayang Siri Animasi Saladin


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) UPM Tayang Siri Animasi Saladin. [UPM News]

Abstract / Synopsis

SERDANG, 23 November - UPM menjadi institusi pengajian tinggi pertama menanyangkan siri premier animasi Saladin di kampusnya sebelum ditayangkan di saluran RTM kelak. Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Prof. Madya Dr. Che Ibrahim Salleh berkata program pra-tayangan siri itu bertujuan menggalakkan pelajar menghasilkan filem animasi yang bertaraf dunia. Katanya program itu adalah sebahagian daripada kursus pelajar sarjana perhubungan awam di UPM untuk memberikan pendedahan praktikal kepada pelajar sarjana komunikasi korporat menjayakan aspek pengendalian majlis dan perhubungan awam. “Kemahiran ‘soft skill’ ini tidak dapat dipelajari dalam kelas tetapi dipelajari apabila menghadapi dunia profesional selepas tamat pengajian.” “Sebagai menyokong usaha ini, UPM membantu mempromosikan siri animasi Saladin ini melalui radio Putra FM kepada pelajar-pelajar kampus,” katanya pada Majlis Pra-Tonton Siri Animasi Saladin anjuran pelajar KOM 5321 Perhubungan Awam Lanjutan, Jabatan Komunikasi, FBMK, UPM. Siri animasi terbitan Perbadanan Multimedia Malaysia (MDeC) dan Al-Jazeera Children Channel (AJCC) itu turut disaksikan oleh 40 anak yatim yang dijemput khas dari Rumah Kasih Harmoni Sungai Buloh dan Rumah Anak Yatim Sg Tangkas, Selangor. Sebelum ini, Saladin telah memenangi kategori Teknologi Terbaik di Seoul International Kartun dan Animasi Festival (SICAF) dan Tokyo Big Sight Award di Tokyo International Anime Fair 2007 bagi kategori imej janaan komputer tiga demensi (3D CGI), kesan khas visual dan animasi.


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM_Tayang_Siri_Animasi_Saladin.pdf

Download (80kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Nasirah Abu Samah
Date Deposited: 24 Nov 2009 16:53
Last Modified: 27 May 2013 15:06
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/3239
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item