UPM Institutional Repository

Keberkesanan Latihan: Pengalaman Sebuah Agensi Pengembangan di Malaysia


Citation

Abdul Yazid, Nor Mohd Zulkarnain and Muhamad, Mazanah (1998) Keberkesanan Latihan: Pengalaman Sebuah Agensi Pengembangan di Malaysia. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 6 (2). pp. 81-90. ISSN 0128-7702

Abstract

Objektif umum kajian ini ialah untuk mengenal pasti perkara yang membantu meningkatkan keberkesanan latihan. Secara terperinci kajian kualitatif ini bertujuan untuk mendapat pandangan peserta terhadap keberkesanan Kursus Kejurulatihan APM* dan mengenal pasti perkara yang membantu meningkatkan keberkesanan latihan dari perspektif peserta kursus tersebut. Penyelidik telah menemu duga secara terperinci sepuluh informan. Kajian ini menunjukkan, dari perspektif peserta, bahawa: (1) Kursus Kejurulatihan APM mencapai tahap keberkesanan yang membanggakan; (2) lapan perkara membantu meningkatkan keberkesanan latihan, iaitu kejelasan objektif, motivasi, penyediaan dan penyusunan pengalaman pembelajaran yang bersesuaian, bimbingan dan maklum balas, pemindahan pembelajaran, susulan dan maklum balas, kesesuaian tempat latihan, serta sokongan daripada pihak pengurusan organisasi; (3) pihak pengurusan APM memainkan peranan penting sebelum, semasa dan selepas kursus dalam menjayakan kursus yang dianjurkan; dan (4) ketiga-tiga rakan kongsi utama iaitu peserta, fasilitator, dan pihak pengurusan APM, membantu meningkatkan keberkesanan latihan.


Download File

[img]
Preview
PDF
Keberkesanan_Latihan_Pengalaman_Sebuah_Agensi.pdf

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: keberkesanan latihan, pembelajaran, pengalaman pembelajaran, maklum balas, pemindahan pembelajaran, rakan kongsi latihan, penyelidikan kualitatif.
Depositing User: Nur Izyan Mohd Zaki
Date Deposited: 24 Nov 2009 06:27
Last Modified: 27 May 2013 07:06
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/3196
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item