UPM Institutional Repository

Epistemologi perubatan Ibn Qayyim Al-Jawziyyah di dalam Al-Tibb Al-Nabawi


Citation

Marni, Nurazmallail (2012) Epistemologi perubatan Ibn Qayyim Al-Jawziyyah di dalam Al-Tibb Al-Nabawi. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini melibatkan pengamatan analitikal terhadap epistemologi perubatan Ibn Qayyim berdasarkan teks al-Tibb al-Nabawi yang merupakan sebahagian daripada kitab Zād al-Ma‘ād fi Hady Khayr al-‘Ibād. Objektif umum kajian ialah untuk memahami dan menganalisis epistemologi perubatan Ibn Qayyim dalam al-Tibb al-Nabawi. Objektif khusus kajian ialah pertamanya, untuk mengenalpasti pengaruh persekitaran pendidikan dan keilmuan terhadap epistemologi dan pendekatan penulisan al-Tibb al-Nabawi. Keduanya, untuk mengenalpasti teras epistemologi perubatan Ibn Qayyim. Terakhirnya, untuk menganalisis teks yang berkaitan dengan cabang ilmu perubatan menurut Ibn Qayyim, iaitu perubatan hati (tibb alqulub)dan perubatan badan (tibb al-abdān) berbanding perubatan Greek yang mengklasifikasikannya kepada ilmu perubatan teori (‘ilm al-tibb al-nazari) dan ilmu perubatan amali (‘ilm al-tibb al-‘amali). Pendekatan analisis tematik di samping pendekatan hermeneutik dan pendekatan interpretasi berfalsafah akan digunakan sebagai metode kajian. Hasil kajian mendapati bahawa al-Tibb al- Nabawi adalah wacana utama Ibn Qayyim dalam menjelaskan epistemologi perubatan Nabi yang merupakan kesinambungan daripada ilmu perubatan terdahulu khasnya perubatan Greek. Sumbangan utama Ibn Qayyim dalam epistemologi perubatan ialah melakukan Islamisasi terhadap ilmu perubatan sedia ada dengan meletakkan nilai agama yang tinggi kepada panduan perubatan Nabi s.a.w hasil rujukan kepada al-Quran dan hadis di samping rujukan kepada sumber-sumber ilmu perubatan yang terdiri daripada penyaksian (mushāhadah), pengamatan (tadabbur),pemerhatian (ta’ammul), penemuan daripada ujikaji (tajribah), dan pandangan tokoh-tokoh perubatan klasik dan sezaman dengan Ibn Qayyim.


Download File

[img]
Preview
PDF
FEM 2012 3R.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Medicine, Arab
Subject: Islamic meditations
Subject: Ulama - Islamic Empire - Criticism and interpretation
Call Number: FEM 2012 3
Chairman Supervisor: Profesor Madya Nurdeng Deuraseh, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 02 Feb 2015 01:43
Last Modified: 02 Feb 2015 01:43
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/31613
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item